Khamis, November 15, 2007

SIAPA HANG NADIM?


Terima kasih diucapkan kepada pembaca novel sejarah Melayu Setelah Roboh Kota Melaka kerana sudi memberi maklum balas.

Ada pendapat mengatakan, setelah karya terbit, pengarang biarlah “mati” pembaca yang “hidup.” Maksudnya pengarang tidak boleh memperkatakan apa-apa lagi mengenai karyanya terserah kepada pembaca untuk menilai dan mentafsirkannya.

Namun saya berpendapat elok juga pengarang menjawab atau memberi penjelasan mengenai pertanyaan pembaca. Tambahan pula dengan adanya kemudahan berblog seperti ini.

Ada yang bertanya, benarkah Hang Nadim itu anak Hang Tuah?. Seperti yang terdapat dalam novel Setelah Roboh Kota Melaka.

Dalam sejarah Melayu Nama Hang Nadim popular kerana dikaitkan dengan beberapa peristiwa, antaranya Singapura dilanggar Todak. Budak yang cerdik itu bernama Hang Nadim. Tetapi budak itu dibunuh oleh raja disebabkan takut apabila besar kelak merampas takhta.

Dalam sejarah Melayu, Hang Nadim yang dikatakan melarikan Tun Teja ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Tetapi dalam Hikayat Hang Tuah, Tun Teja dilarikan oleh Hang Tuah.

Dalam Hikayat Hang Tuah yang menderhaka adalah Hang Jebat. Tetapi dalam sejarah Melayu yang menderhaka ialah Hang Kasturi.

Kerana itu kalaulah ada penulis yang menulis novel sejarah menceritakan Hang Kasturi yang menderhaka adakah fakta itu salah?. Jawapannya tidak kerana penulis itu merujuk kepada Sejarah Melayu.

Dan kalaulah ada buku yang menceritakan Hang Nadim yang melarikan Tun Teja juga tidak salah kerana ada buku yang dirujuknya.

Berbalik kepada persoalan adakah Hang Nadim itu anak Hang Tuah seperti yang diceritakan dalam novel sejarah Setelah Roboh Kota Melaka.
Mari kita tafsirkan episod ini.

Setelah Sultan Mansor Shah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah, baginda berjalan-jalan diiringi Bendahara Tun Perak. Semasa dalam perjalanan itu mereka terjumpa Hang Nadim yang sedang menangis. Lalu Tun Perak mengusap-ngusap kepala Hang Nadim sambil berkata.

“Jangan menangis ayahmu selamat.”

Percakapan Tun Perak itu didengar oleh Sultan Mansur Syah menyebabkan baginda berfikir apa makna disebalik kata-kata bendahara itu.

Kerana itu apabila Hang Jebat menderhaka maka sultan bertanya kepada Bendahara, adakah Hang Tuah masih hidup?.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Dalam Hikayat Hang Tuah yang menderhaka adalah Hang Jebat. Tetapi dalam Sejarah Melayu yang menderhaka ialah Hang Kasturi."

Daripada sumber inilah, Sasterawan Negara S Othman Kelantan membuat teori: Jebat dan Kasturi adalah orang yang sama. Sebelum menderhaka dipanggil Kasturi (kasturi baunya wangi). Selepas menderhaka dipanggil Jebat (jebat itu bau yang busuk).

zino berkata...

tak tau nak ulas macam mana hehe

tapi nak ucap tahniah kepada paklatip dapat anugerah tu..

Tanpa Nama berkata...

En. Latip

Saya ada membeli buku ini, boleh nak jumpa En Latip nak minta tanda tangan pada buku itu?. Saya tinggal di Kuala Lumpur.

Maisarah a. Rahman.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, Pak Latip,

Semoga sentiasa berada dalam rahmat Tuhan, hendaknya.

Sebenarnya selain persoalan tentang identiti Hang Nadim, masih ada lagi persoalan lain yang berlegar dalam fikiran saya ketika membaca novel ini. Iaitu tentang sejarah bagaimana Parameswara boleh sampai ke Melaka.

Dalam halaman iii, Pak Latip menyenaraikan nama-nama sultan yang pernah memerintah Melaka. Di situ, pada senarai pertama, Pak Latip meletakkan nama Sultan Iskandar Shah, dan kemudian dalam kurungan Parameswara. Bererti Sultan Iskandar Shah dan Parameswara adalah orang yang sama.

Kemudian dalam halaman 13, melalui dialog Diego Lopez De Squerea pula, ada menceritakan bahawa Parameswara datang ke Melaka, kerana dia terpaksa lari apabila diserang dan dihalau oleh tentera Siam, setelah Parameswara membunuh Temagi. Dan memang pun inilah sejarah yang umum mengetahui.

Namun demikian, saya keliru apabila di halaman 74 pula, melalui dialog Bendahara Tun Mutahir, diperincikan bahawa Raja Iskandar Shah terpaksa lari dari Singapura apabila Sang Rajuna Tapa berlaku belot lalu meminta bantuan Betara Majapahit bagi menyerang Sinapura. Raja Iskandar Shah lari ke Kaula Sungai Muar, kemudian ke Kota Buruk dan akhirnya tiba di suatu tempat yang kemudian dinamakan Melaka bersempena pohon Melaka tempat baginda berehat.

Mungkinkah sememangnya terdapat dua versi sejarah yang berlainan tentang hal ini- seperti mana terdapat versi yang berlainan dalam kisah Hang Tuah dan Jebat/Kasturi? Atau saya yang tersalah faham?

Salam hormat,
Aidil Khalid

Tanpa Nama berkata...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
maternity clothes,
wedding dresses,
jewelry store,
wow gold,
world of warcraft power leveling
World Of Warcraft gold,
ffxi gil,
wow account,
world of warcraft power leveling,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow power leveling
world of warcraft gold,
wow gold,
evening gowns,
wedding gowns,
prom gowns,
bridal gowns,
oil purifier,
wedding dresses,
World Of Warcraft gold
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow po,
wow or,
wow po,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,buy cheap World Of Warcraft gold
Maple Story mesos,
MapleStory mesos,
ms mesos,
mesos,
SilkRoad Gold,
SRO Gold,
SilkRoad Online Gold,
eq2 plat,
eq2 gold,
eq2 Platinum,
EverQuest 2 Platinum,
EverQuest 2 gold,
EverQuest 2 plat,
lotro gold,
lotr gold,
Lord of the Rings online Gold,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,world of warcraft power leveling
ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,guildwars gold,guildwars gold,guild wars gold,guild wars gold,lotro gold,lotro gold,lotr gold,lotr gold,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos, maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,
b3s6r7kg