Ahad, Ogos 12, 2007

KHIDMAT MASYARAKAT


Johan Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Negeri Sembilan tahun 2007 Mohd Faizal Hassan.

Lima peserta masuk ke perengkat akhir termasuk johan menanti Farah Nabila Noor (tidak ada dalam gambar)

Menjadi Panel Hakim Sayembara Deklamasi Puisi Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan tahun 2007. Seramai 120 peserta termasuk 5 bukan bumiputra yang menyertainya. Pertandingan terpaksa dijalankan perengkat saringan, separuh akhir dan akhir, bermula dari jam 10 pagi selesai jam 11.30 malam. Saya mengadili peringkat saringan dan separuh akhir.

Mengiringi anak kakak ke rumah pengantin perempuan di Felda Lui Muda, Bahau. Cantiknya pemandangan. Ada ladang kelapa sawit, ada sungai, di belakangnya Banjaran Titiwangsa.

Sempena Mesyuarat Agung (BAKA) Jelebu yang dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim maka Persatuan Sejarah Malaysia Bahagian Jelebu mengadakan pameran karya ahli-ahlinya. Maka novel2 saya turut dipamerkan. (Dalam majlis itu Persatuan Sejarah Jelebu dapat peruntukan RM20,000.00 daripada Dato' Rais)

Pak Cik ini tertarik dengan novel Khalid Memburu Syahid. Bentuk tulisannya memudahkan golongan tua membacanya. Khalid Memburu Syahid kini kehabisan stok.

"Dah banyak tulis buku. Kami tak tahu pun awak ni seorang penulis," kata salah seorang dari mereka.

3 ulasan:

Abang Long berkata...

Teruskan Perjuanganmu Wahai Kekanda Abdul Latip. Sesungguhnya tidak ramai penulis yang cuba untuk menark pembaca memahami perjuangan para sahabat dengan corak penulisan yang mudah, seperti yang Kekanda lakukan.

Latiptalib berkata...

InsyaAllah, selepas ini kembali menulis kisah pahlawan-pahlawan Islam.

Najah Farahin berkata...

kami ada beberapa buah lagi stok buku Khalid MEMBURU SYAHID. sesiapa berminat nk order sila email wansaif@yahoo.co.uk atau sms 0125366879