Khamis, Disember 29, 2005

KEMPEN BERBUDI BAHASA

Tidak lama dulu televisyen kita ada menayangkan satu babak dalam komuter seorang pemuda meletakkan barangnya pada tempat duduk di sebelah menyebabkan penumpang lain tidak dapat duduk.

Mula-mula datang seorang tua terpaksa berdiri kerana tempat duduk di sebelah pemuda itu berisi barang. kemudian datang pula seorang wanita yang sedang mengandung juga tidak dihiraukan oleh pemuda itu. Akhirnya datang seorang buta. Pemuda itu tetap buat muka selamba.

kempen itu mengajak orang ramai bertimbang rasa ketika menaiki pengangkutan awam supaya mengasihani orang tua, wanita mengandung dan orang buta supaya kita memberi tempat duduk kepada mereka dan jangan biarkan mereka berdiri. Dan saya rasa kempen itu ada kesannya.

Baru-baru ini saya ke kuala lumpur menaiki komuter hingga ke kl sentral. Kemudian naik LRT hingga ke Petaling Jaya.

Sepanjang perjalanan itu saya lihat ada seorang wanita muda memberi tempat duduknya kepada seorang lelaki tua yang pada mulanya terpaksa berdiri kerana tidak ada tempat duduk. Begitu juga bila ada wanita yang mengandung maka ada penumpang yang dengan rela hati mengosongkan tempat duduknya supaya diduduki oleh wanita itu. Malah saya sendiri semasa perjalanan balik seorang anak muda cina berdiri sambil mencuit bahu saya menyuruh duduk di tempatnya. Tetapi saya menolaknya kerana masih bertenaga untuk berdiri.

Dari peristiwa itu pada pandangan saya kempen berbudi bahasa yang dilancarkan baru-baru ini memberi kesan kepada orang ramai terutama penumpang pengangkutan awam.

Bercakap pasal pengangkutan awam, di negara kita orang ramai memang berdisiplin apabila hendak menaiki bas kerana mereka sanggup beratur. Tetapi di Indonesia mereka masih berebut-rebut seperti yang pernah berlaku di negara kita suatu ketika dulu.

Oh ya, kabarnya jemaah haji Malaysia semasa di Mekah dan Madinah masih berebut-rebut menaiki bas. Kenapa ye?.

Ahad, Disember 25, 2005

HESCOM 2005

Hadiah eSastera.com 2005 (Hescom 2005)

Malam ini bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, pada jam 8.00 malam diadakan majlis penyampaian Hadiah Esastera.Com 2005 atau Hescom 2005.

SENARAI FINALIS UNTUK ANUGERAH UTAMA HESCOM 05

Anugerah Penyair Alam Siber (Apas 05)

1. Rudy Bluehikari
2. Airmas SZ
3. Amir Mukhriz
4. Anbakri
5. Mohd Haniff Romai Noor (Anipe)
6. Mohd Dahri Zakaria
7. Saleha Ahmad
8. Tintasukma
9. Nimoiz T.Y
10. As Syramy
11. Nuralana
12. Usop 2000
13. Fahd Razy
14. Ahkarim

Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (Asjas 05)

1. Abdullatip
2. Airmas _SZ
3. Anbakri
4. Rudy Bluehikari
5. As Syramy

Anugerah Cereka Alam Siber (Acas 05)

1. Abdullatip
2. Saleha Ahmad
3. Titnasukma
4. Fahd Razy

Anugerah Novelis Alam Siber (Anas 05)
Tiada anugerah dikeluarkan kerana tiada novel yang disiapkan dalam tahun 2005.


Anugerah Haiku Melayu Alam Siber (Ahmas 05)

1. Abdullatip
2. Saleha Ahmad
3. Rudy Bluehikari
4. As Syramy
5. Dipinggiran
6. Izwansah (EP)
WAB/22.12.05

Selasa, Disember 20, 2005

KLIK DBP (BERITA HARIAN 19/12)

Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Sastera Kreatif Budaya Sarawak 2003
[Oleh Hajijah Hj. Mainol]


MAJLIS Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Sastera Kreatif Budaya Sarawak 2003 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Merdeka Palace, Kuching pada 2 Disember 2005.

Majlis yang penuh makna ini telah disempurnakan oleh Menteri Perumahan Sarawak, Y.B. Dato Sri Abang Hj. Abdul Rahman Johari Tun Abang Hj. Openg. Selain bertujuan meningkatkan kuantiti dan kualiti penulisan kreatif di Malaysia yang berlatarbelakangkan sosiobudaya rakyat Sarawak, peraduan ini juga bertujuan meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat tentang pentingnya hidup dalam masyarakat majmuk yang boleh mengukuhkan integrasi nasional.

Peraduan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori novel, cerpen dan puisi. Bagi kategori novel, Randau Ruai karya Saudara Abd. Latip Talip dari Jelebu, Negeri Sembilan berjaya meraih tempat pertama dan membawa pulang wang tunai RM15,000.00. Novel ini mengupas isu tanggungjawab politik dan konflik pembangunan masyarakat desa berlatarbelakangkan rumah panjang Nanga Setia. Novel ini juga menyentuh tentang adat resam negeri Sarawak baik yang sudah luput seperti “ngayap” mahupun yang masih diamalkan pada masa sekarang.

Hubungan antara kaum, antara penduduk Semenanjung dan Sarawak, semangat peribumi, nilai-nilai positif seperti kesetiaan kepada pemimpin serta bermesyuarah dalam membuat keputusan menjadi fokus utama pengarang. Novel Qatrunnada karya Sarimah Alit dari Kuching, Sarawak berjaya memenangi tempat kedua dan meraih wang tunai RM7,000.00 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jong Chian Lai dengan karya berjudul Ensera Marga Timur dari St. Anthony yang melayakkan beliau menerima hadiah bernilai RM4,000.00.

Bagi Kategori Cerpen, Menjamu Semangat karya Abang Median Abang Said memenangi tempat pertama dan meraih wang tunai bernilai RM4,000.00. Cerpen ini menggambarkan kekuatan serta kreativiti pengarang dari sudut realisme magis. Tempat kedua pula dimenangi oleh Darhiri Saini dari Kuching, Sarawak dengan cerpennya Mantera Janji dan membawa pulang RM3,000.00 manakala cerpen Memanjat Langit oleh Jaya Ramba dari Miri, Sarawak menerima hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00.

Bagi kategori puisi, Puisi Buatmu Long Palai karya Hassan Baseri Budiman dari Sg. Petani, Kedah berjaya menggondol tempat pertama dan menerima wang tunai RM4,000.00. Tempat kedua dimenangi oleh Abang Median Abang Said dari Kuching, Sarawak yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.00 dengan karyanya yang berjudul Meredah Resam di Tanah Baram. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pharo Abdul Hakim dari Kuching, Sarawak yang menerima wang tunai RM2,000.00 dengan karyanya berjudul Meredah Lembah Gundah.

Selasa, Disember 13, 2005

CATATAN PERJALANAN KE SARAWAK

Setelah lebih seminggu berlalu namun seperti baru semalam saya berada di kucing. Banyak kenangan yang hendak ditulis dalam blog peribadi ini mengenai perjalanan ke Sarawak, majlis penyampaian hadiah yang sungguh bermakna, berjalan-jalan di tepi sungai Sarawak bersama keluarga, membeli kraftangan Sarawak, menginap di Merdeka Palace, bertemu dengan penulis-penulis Sarawak, dan lain-lain lagi. Semuanya tersimpan dalam memori menjadi kenangan sepanjang hayat.

Setelah 8 tahun tidak ke Sarawak, saya rasa seperti baru pertama kali sampai kerana banyak perubahannya. Bandar Kucing kelihatan bersih dan di hias indah. Di tebing sungai Sarawak dibina laluan berjalan kaki yang cantik. Cuma makanan sahaja agak kurang ngam dengan selera kami yang biasa makan masak lemak cili api.

Walaubagaimanapun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aghata yang membuat tempahan untuk kami menginap pada malam pertama di Hotel Grand Continental. Dia juga yang menunggu ketibaan kami di lapangan terbang Kucing dengan keretanya. Terima kasih Aghata.

Pada sebelah malamnya Cikgu Jamaludin dan Isterinya, orang semenanjung bertugas di Sarawak, membawa kami bersiar-siar di bandar Kucing dengan Vannya. kemudian kami singgah makan malam di sebuah restoran di Satok. Kata Cikgu Jamaludin tidak sah ke Sarawak kalau tak makan Mee Kolok dan membeli tikar Sarawak.

Terima kasih juga diucapkan kepada DBP Sarawak terutama Puan Hajijah Mainol yang menempatkan kami di Hotel Merdeka Palace. Saya dan keluarga di beri bilik suite di tingkat 18. Bilik itu sungguh selesa untuk kami sekeluarga.

Dan esoknya abang Nahar (Pemandu DBP Sarawak) menghantar kami membeli cenderamata dan beliau juga yang menghantar kami ke lapangan terbang Kucing semasa balik. Terima kasih abang Nahar.

Terima kasih juga diucapkan kepada kerajaan Sarawak yang menaja satu peraduan menulis sastera kreatif bertaraf kebangsaan dan diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak dengan bantuan GAPENA dan PUTERA.

Saya bersyukur kepada Allah yang memberi rezeki dengan membawa pulang hadiah RM16,000.00 (Novel RM15,000.00 dan cerpen RM1,000.00). Alhamdulillah.

Puncak Santubung tinggi di awan
mudik perahu menuju selat
negeri sarawak dalam kenangan
tidak kulupa sepanjang hayat.

Rabu, Disember 07, 2005

LAPORAN PANEL HAKIM


RANDAU RUAI

LAPORAN PANEL HAKIM

Novel ini membawa isu pertanggungjawaban politik dan konflik pembangunan kepada masyarakat desa.

Tuai Pasong mempersoalkan langkah kerajaan mengambil alih tanah penduduk kampung untuk pembangunan kerana keuntungan bukan sampai kepada orang kampung tetapi kepada tauke-tauke besar seperti tauke balak, tauke kilang minyak sawit dan sebagainya. Pembangunan tanah desa juga akan menghilangkan peluang untuk berburu hidupan liar di hutan-hutan terbiar.

Syafiq di arah pulang ke semenanjung kerana gagal dalam misinya untuk membangunkan nanga Setia. Sebelum beliau pulang Aghata menawarkan Syafiq cadangan pembangunan Lembah Ranum oleh sebuah syarikat yang dipengerusikan olehnya sendiri. Syarikat ini mendapat bantuan daripada pelbagai pihak termasuk seorang tokoh korporat dari semenanjung bernama Dato Ramdan. Dalam epilog, digambarkan kejayaan Syarikat Nanga Setia membangun ladang kelapa sawit setelah tujuh tahun diusahakan.

Novel ini mengisahkan pembangunan negeri Sarawak melalui tenaga sonergi tokoh dari Sarawak dan Semenanjung. Novel ini bersifat realisme yang menyentuh persoalan yang amat penting- mengenai pembangunan dan kesungguhan tokoh-tokohnya untuk membawa perubahan dan pembangunan di kawasan pedalaman negeri Sarawak. Di mana FELCRA gagal sebagai agensi kerajaan, rakyat negeri Sarawak berjaya menerusi budaya kerjasama dan perpaduan erat untuk membangun tanah mereka.

Selain itu novel ini juga menyentuh tentang adat resam negeri Sarawak baik yang sudah luput seperti ngayap dan ngayau mahupun yang masih diamalkan pada masa sekarang. Hubungan antara kaum, antara penduduk semenanjung dan sarawak, semangat pribumi, hubungan kekeluargaan, diberikan fokus juga oleh pengarang, novelis juga memberikan tumpuan kepada nilai-nilai positif seperti ketaatsetiaan kepada pemimpin, bermusyuarah dalam membuat keputusan dan lain-lain. Nilai-nilai sosial yang negatif seperti mabuk alkohol, rasuah, berdendam,fitnah dan sebagainya juga dibincangkan.

Dalam latar belakang masyarakat Nanga Setia, novelis memperkenalkan watak-watak utama dan terus menggambarkan tema novel ini yakni pembangunan tanah dan masyarakat pribumi. Novel ini kemudian berkisar kepada watak utama yakni Syafiq dan Aghata yang bertemu dengan secara kebetulan dalam penerbangan ke Sibu. Kemuncak novel ini ialah krisis yang berlaku antara tuai pasong beserta Ambing dengan pihak Syafiq mewakili FELCRA.

Novel berakhir dengan menggambarkan kejayaan Syafiq dan Aghata untuk membangun tanah mereka secara sendiri tanpa campur tangan pihak kerajaan. Dari segi perwatakan pula novel ini diwakili oleh Syafiq, Aghata, Mandar Jerunai. Sementara watak antagonis pula diwakili oleh Tuai Pasong, Ambing, Tauke Lim dan beberapa watak yang lain.

Konflik antara kedua-dua pihak seperti konflik antara kelompok tradisional dengan kelompok moderat yang berbeza pendapat tentang pembangunan. Kelompok moderat dapat mencapai kejayaan sementara antagonis seperti tuai pasong terkorban oleh unsur yang kuat dipertahankannya, iaitu harimau buruannya sementara ambing pula dihadapkan kepada keadilan kerana menjalankan operasi pembalakan haram tauke Lim.

Haji Hamdan Yahya
Haji Hamzah Hamdani

Ahad, Disember 04, 2005

KEPUTUSAN SAYEMBARA SASTERA SARAWAK

KEPUTUSAN PERADUAN MENULIS SASTERA KREATIF BUDAYA SARAWAK 2003

KATEGORI NOVEL

HADIAH PERTAMA

ABDUL LATIP BIN TALIB
NEGERI SEMBILAN

RM 15,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA : RANDAU RUAI


HADIAH KEDUA

SARIMAH ALIT
SARAWAK

RM 7,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA : QATRUNNADA


HADIAH KETIGA

JONG CHIAN LAI
SARAWAK

RM 4,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA :ENSERI MARGA TIMUR DARI ST ANTHONY



KATEGORI CERPEN

HADIAH PERTAMA

ABANG MEDIAN ABANG SAID
SARAWAK

RM 4,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA : MENJAMU SEMANGAT

HADIAH KEDUA

DAHIRI SAINI
SARAWAK

RM 3,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA MENTERA JANJI

HADIAH KETIGA

JAYA RAMBA
SARAWAK

RM 2,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA MEMANJAT LANGIT

TIGA HADIAH SAGUHATI
RM 1,000.00 SETIAP SATU DAN SIJIL

1. DAFAIE ISMAIL
SARAWAK

JUDUL KARYA : TAJAU KELIRING

2. JAYA RAMBA
SARAWAK

JUDUL KARYA : JERATNYA TERLEPAS LAGI

3. ABD LATIP BIN TALIB
NEGERI SEMBILAN

JUDUL KARYA : RANDAU RUAI


KATEGORI PUISI

HADIAH PERTAMA

HASAN BASERI BUDIMAN
KEDAH

Rm 4,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA: PUISI BUATMU LONG PALAI

HADIAH KEDUA

ABANG MEDIAN ABANG SAID
SARAWAK

RM 3,000.00 DAM SIJIL

JUDUL KARYA: MEREDAH RESAM DI TANAH BARAM

HADIAH KETIGA

PHARO ABD HAKIM
SARAWAK

RM 2,000.00 DAN SIJIL

JUDUL KARYA MEREDAH LEMBAH GUNDAH

TIGA HADIAH SAGU HATI
RM 1,000.00 SETIAP SATU DAN SIJIL

1. JAAFAR HAJI HAMDAN
SARAWAK

JUDUL KARYA : MARILAH KITA BINA BERSAMA

2. JEMNAY GANI
SAWARAK

JUDUL KARYA: DOAKU KEMBARA INI

3. AB GHANI ABDULLAH
SELANGOR

JUDUL KARYA : BUKAN LAGI ROKOKMU BRUNO MANSAER

HADIAH DISAMPAIKAN OLEH DATO SRI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI TUN ABANG HAJI OPENG, MENTERI PERUMAHAN SARAWAK

BERTEMPAT DI MERDEKA PALACE, KUCING
TARIKH: 2HB DISEMBER 2005.

Khamis, Disember 01, 2005

TERIMA KASIH RAHIMI N.S

Saya menerima kad undangan ke majlis perkahwinan daripada Rahimi N.S atau nama penuhnya Haji A.Rahim bin Haji Ismail. Dia salah Seorang tokoh sasterawan Negeri Sembilan.Kebetulan saya memang teringin sangat hendak menghubungi beliau untuk mengucapkan terima kasih.

saya masih ingat pada suatu hari bulan Jun 2004 diadakan majlis membaca puisi bonda kandung di Istana Seri Menanti. Pada malam tersebut saya cuma turut hadir melihat kawan-kawan mendeklamasikan puisi masing-masing.

Pada malam itu juga dibuat pelancaran antologi Puisi Bonda Kandung yang memuatkan karya pemenang sayembara Puisi dan cerpen Negeri Sembilan. kebetulan puisi saya menang tempat pertama. Pada malam itu saya bertemu dengan Rahimi N.S.

"Latip pernah duduk di Sarawak. Tulislah novel atau cerpen berkaitan Sarawak,"katanya.

Kebetulan saya memang telah lama bercadang hendak menulis novel yang ada kaitan dengan masyarakat di Sarawak. Saranan Rahimi N.S itu semakin menyemarakkan keinginan tersebut.

"Bila dah siap nanti hantar ke sayembara novel Sarawak. Mana tahu ada rezeki boleh menang. Hadiah pertama RM 15,000.00,"katanya lagi.

Untuk menambah semangat saya Rahimi N.S mengirim Dewan Sastera yang menyiarkan iklan tersebut.

Sejak itu saya mula mengumpulkan bahan lalu menulisnya dalam bentuk novel. Dalam masa 5 bulan novel itupun siap sebab saya menulisnya setiap hari siang malam pagi dan petang.

Walaupun begitu saya tidaklah terlalu menaruh harapan untuk menang. tambahan pula belum pernah menang sayembara novel.

kerana itu apabila saya dimaklumkan novel tersebut menang saya berasa amat bersyukur.

lalu saya teringat kepada Rahimi N.S kerana dialah yang memberi dorongan kepada saya untuk menulis novel tersebut dan menyertai sayembara.

"Alhamdulillah, saya gembira mendengarnya,"kata Rahimi N.S apabila saya memaklumkan perkara itu kepadanya.

"Terima kasih banyak kerana Encik Rahimi yang cetuskan idea dan beritahu saya adanya sayembara Sarawak itu,"kata saya pula.

"Itu dah rezeki latip. Allah gerakkan hati saya untuk beritahu latip,"katanya.

Rabu, November 30, 2005

RANDAU RUAI

Pada tahun 1997 saya bertugas di FELCRA Igan Mukah Sarawak. Saya pergi seorang diri sahaja kerana masa itu anak-anak sedang menghadapi peperiksaan. Kerana tidak mahu terganggu tumpuan mereka terhadap peperiksaan maka saya pergi sendirian sahaja. Itulah pertama kali berjauhan dengan keluarga.

Bila FELCRA di korporatkan maka kakitangan diberi pilihan samaada hendak bersara atau terus berkerja. Saya memilih untuk bersara kerana dibayar pencen dan faedah persaraan. Selain itu saya ada kebun getah yang telahpun mengeluarkan hasil.

Setelah 8 tahun tiba-tiba saya dapat peluang terbang ke Bumi Kenyalang apabila memenangi hadiah sayembara novel dan cerpen Sarawak. Majlis penyampaian hadiah diadakan di Kucing pada 2hb ini.

Insya-Allah, esok (Khamis) saya, isteri dan anak-anak akan ke Kucing. Kami pergi sehari lebih awal kerana ingin menyusuri jejak-jejak yang telah lama ditinggalkan.

Terbayang sungai Sarawak yang arusnya deras tetapi permukaannya nampak tenang. Tidak jauh dari situ terdapat Kubu Margaretha, lambang cinta seorang suami kepada isterinya yang bernama Margaretha. Terbayang suasana di rumah panjang masyarakat Iban. Gunung Santubung yang menyimpan kisah misteri. Terbayang wajah kawan-kawan dari kalangan orang Iban, Melanau dan Bidayuh.

Paling tidak dapat dilupakan pengalaman pertama kali berkunjung ke rumah panjang orang Iban di Sibu. Berkunjung ke rumah orang Melanau di Kampung Igan. Dan perkampungan Bidayuh di Balingan.

Kebanyakan kenangan itu saya rakamkan dalam novel berjudul RANDAU RUAI yang menang sayembara tersebut.

Rabu, November 23, 2005

ANUGERAH SASTERA NEGERI SEMBILAN



BERITA GEMBIRA DI BULAN SYAWAL

Saya dimaklumkan oleh Puan Ainon Mohd, 3 buah novel kisah pahlawan Islam yang saya tulis diterbit dan dibuat pelancarannya pada awal tahun 2006. Alhamdulillah. Berita itu amat mengembirakan hati saya.

Kemudian saya dimaklumkan oleh puan Nisah Haron, saya salah seorang pemenang Hadiah Sastera Negeri Sembilan. Majlis tersebut telah diadakan pada 18hb dan saya memenangi hadiah untuk kategori eceran cerpen dan esei.

Berita gembira datang lagi. Kali ini saya menerima panggilan telefon daripada Puan Hajijah, DBP Sarawak, mengatakan saya memenangi sayembara Novel dan Cerpen. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 2hb Disember 2005 di Kucing. Kerana terlalu gembira saya mengajak isteri dan anak-anak turut serta ke majlis tersebut dan tiket kapal terbang sudah pun ditempah. Hehe

Anak saya yang sulung mengatakan telah bertemu dengan gadis pilihan hatinya dan meminta kami merisik kabar. Petang semalam, dalam hujan lebat kami ke Seri Kembangan berkunjung ke rumah bakal keluarga dan Alhamdulillah kedatangan kami disambut dengan baik.

Inilah berita-berita gembira yang saya terima sepanjang bulan Syawal ini. Apa lagi yang harus saya lakukan selain sujud syukur dan berkongsi kegembiraan ini dengan saudara mara dan sahabat yang jauh dan dekat.

Ahad, November 20, 2005

ANUGERAH SASTERA NEGERI SEMBILAN

Majlis telah berjaya disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan. Menteri Besar Negeri Sembilan.

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana telah memberi anugerah dan pengiktirafan kepada para penulis di Negeri Sembilan.

Seperti yang dijangka Dato’ Dr Kamaruzzaman Abdul Kadir (Dharmawijaya) dipilih untuk menerima anugerah Sastera Negeri Sembilan. Beliau menerima hadiah RM10,000 beserta sijil.

Haji Agus Salim pula menerima Hadiah Penghargaan Penggiat Sastera Negeri dengan hadiah RM3,000.00 berserta sijil.

Seramai 33 penulis lagi menerima hadiah mengikut kategori masing-masing.

Saya juga terpilih untuk memenangi genre cerpen dengan hadiah RM500.00 berserta sijil dan Esei RM500.00 berserta sijil.

Alhamdulillah.

Ahad, November 13, 2005

BERTEMU MAWAR SHAFEI

Petang tadi saya bersama isteri dan anak berhari raya ke rumah Nisah Harun. Tidak sangka pula dapat bertemu dengan Mawar Shafei yang turut datang beraya bersama suaminya.

Saya memang telah lama mengenali nama Mawar Shafei, selalu membaca karya dan melihat gambarnya tetapi inilah pertama kali bertemu dengannya. Tahun lepas kali pertama bertemu Amiza juga semasa berhari raya di rumah Nisah.

Tahun depan bertemu dengan siapa pula agaknya?.

Saya sangka Mawar nama samaran rupanya memang nama yang sebenar. Nisah juga nama sebenar.

Rupanya Nisah dengan Mawar memang berkawan rapat patut wajah keduanya ada iris macam bersaudara. kata isteri saya.

Dalam pertemuan yang singkat itu sempat juga kami bertanya kabar. Tetapi kami tidak sempat bergambar sebab lupa bawa kamera.

Mawar orang Johor, suaminya orang Jempol. Mawar dah masuk suku. Kata suaminya. hehe.

Khamis, November 10, 2005

DUA MAJLIS YANG DINANTIKAN

Pada 18hb November ini bertempat di Hotel Royal Adelphi,Seremban akan berlansung majlis penyampaian Hadiah Sastera Negeri Sembilan.

Khabarnya antara sasterawan Negeri Sembilan disebut-sebut berpeluang memenangi anugerah terbabit ialah Allahyarham Datuk Dr Kamaruzzaman Abdul Kadir atau Dharmawijaya, A Latiff Mohidin, Prof Madya Dr. Zakaria Ali, Dr. Ramli Isin.

Sasterawan yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negeri Sembilan akan menerima hadiah bernilai RM10,000.

Panel penilai yang dilantik oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menilai karya dan ketokohan pengkarya ialah Prof Madya Dr Amida Abdul Hamid, Prof Dr Siti Zainon Ismail, Hamzah Hamdani, Dr Misran Rokimin dan Prof Dr A Wahab Ali.

Hadiah Penghargaan Penggiat Sastera Negeri bernilai RM3,000 akan diberikan kepada institusi atau tokoh yang memberi sumbangan cemerlang dalam menggerakkan sastera secara berterusan di Negeri Sembilan.

Beberapa nama disebut seperti Mohd Nor Ibrahim, Allahyarham Ismail Hadi atau
Salim Haji Taib.

Kategori Tokoh yang menjanjikan hadiah RM2,000 setiap satu, nama seperti Dharmala NS dan Mohd Ali Majod pastinya berada di senarai teratas dalam genre cerpen.

Allahyarham Dharmawijaya, A Latiff Mohidin, Mahaya Mohd Yassin (puisi) manakala Dharmala NS, Dr Zakaria Ali dan Mohd Ghazali Tocheh (novel).

Bagaimanapun bagi genre drama pula Dr Anuar Nor Arai dan Abd Rahman Sidek manakala esei/ kritikan sastera Dr Ramli Isin.

Anugerah dalam genre karya kanak-kanak/ remaja ialah Salim Taib, Mahaya Mohd Yassin dan Mohd Ghazali Tocheh.

Bagaimanapun bagi kategori karya, peluang terbuka kepada semua penulis sama ada mereka anak tempatan, penulis yang lebih lima tahun pernah tinggal di negeri ini atau penulis yang ibu bapanya berasal dan tinggal di Negeri Sembilan ketika karya diterbitkan.

Bagi kategori ini, tidak pelik jika pemenangnya daripada nama yang tidak dikenali kerana panel hanya menilai cerpen, puisi, drama, esei sastera, karya kanak-kanak, remaja atau novel yang dihantar sebelum 15 Julai 2005 meskipun karya yang diterbitkan dari 1990-2004 layak dinilai.

Enam hadiah bernilai RM500 setiap satu disediakan bagi kategori cerpen, puisi dan esei sastera

tiga hadiah bernilai RM500 setiap satu disediakan untuk kategori karya kanak-kanak dan remaja.

Tidak ketinggalan dua hadiah bernilai RM500 setiap satu bagi drama dan dua hadiah bernilai RM1,000 setiap satu turut disediakan untuk genre novel dewasa/remaja bagi anugerah ini.



Dan pada 2hb Disember 2005 berlansung pula majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Sastera Sarawak.

Novel

Pertama: RM15000.00
Kedua: RM7000.00
Ketiga: RM4000.00

Cerpen


Pertama: RM4000.00
Kedua: RM3000.00
KetigaRM2000.00
Sagu Hati (3) : RMRM1000.00 (setiap satu)

PUISI

Pertama: RM4000.00
Kedua: RM3000.00
Ketiga:2000.00
Sagu hati (3) RM1000.00 (setiap satu)





Rabu, November 02, 2005

SELAMAT HARI RAYA

>Saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri kepada semua sahabat yang sudi berkunjung ke blog ini. Jika ada salah silap atau terkasar bahasa saya memohon ampun maaf zahir dan batin.

Isnin, Oktober 31, 2005

MENJELANG SYAWAL

Ramadan hampir ke penghujung
jiwa pasrah dengan kerinduan
bersedia menyambut kedatangan Syawal
dengan gembira dan syukur

Meriah di malam Syawal
dihias kerlipan lampu
bergema suara takbir
hingga ke pagi.

Hati yang pasrah pun berdoa;
" Tuhanku,
kutuai pahala Ramadan
kuketuk pintu syawal
kerana mengharap keredhaanMU.

Rabu, Oktober 26, 2005

LAILATUL QADAR

Lailatur Qadar berlaku pada malam-malam ganjil sepuluh akhir Ramadan. kerana itu kita digalakan membanyakkan amal ibadat pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

kelebihan malam itu sama dengan seribu bulan. bermakna sesiapa yang beramal ibadat pada malam itu seolah beramal ibadat selama 1,000 bulan atau 83 tahun.

pada malam itu juga Allah ampun dosa-dosa mereka yang bertaubat, dimakbulkan doa-doa serta dituliskan kebajikannya.

kita masih berpeluang mendapatnya. InsyaAllah.

Isnin, Oktober 24, 2005

NABI MELAYU?

Email ini dikirim oleh seorang pembaca yang tidak saya kenali. Saya siarkan di blog ini untuk renungan bersama.

AMPANG: Ketua kumpulan ajaran sesat Haji Kahar Ahmad, Abdul Kahar Ahmad Jalal, 55, bukan saja mendakwa dilantik Tuhan sebagai rasul khusus untuk orang Melayu, malah memberi jaminan pengikutnya pasti masuk syurga berkat daripada syafaatnya. Malah, dia tidak gentar menghantar surat kepada ahli politik, pembesar negeri dan menteri Kabinet termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengaku dirinya sebagai rasul.

Abdul Kahar juga mengeluarkan pelbagai dakyah yang boleh menjejaskan akidah seperti solat lima waktu tidak wajib, al-Quran sekadar catatan, hadis hanya rekaan manusia malah mendakwa dia mempunyai mukjizat sama seperti nabi dan rasul lain.

ABDUL KAHAR...dakwa jadi rasul
Beberapa perkara lain yang jelas bertentangan dengan akidah juga dinyatakan Abdul Kahar ketika dia disoal kira-kira 30 minit oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selain wartawan selepas ditahan di kediamannya di Kampung Kemensah, Hulu Klang, di sini, semalam.

Berikut adalah petikan soal siasat tersebut:

Soalan (S) : Macam mana haji dilantik (sebagai rasul)?
Jawapan (J): Itu urusan Tuhan. Tuhan tidak bagi tahu kepada manusia biasa, bagaimana ditiupkan roh itu kepada Adam (Nabi Adam as). Kalau roh Tuhan itu tidak ditiup kepada seorang rasul dia tidak layak digelar rasul tetapi pendusta.

Soalan: Umat Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu tetapi haji (Kahar) mengatakan sembahyang lima waktu itu tidak perlu?
Jawapan : Awak tunjukkan ayat mana, surah mana yang mengatakan Tuhan suruh sembahyang lima waktu.

Soalan: Kalau macam itu, haji tunjukkan surah mana dan ayat mana yang menunjukkan haji dilantik sebagai rasul?
Jawapan : Surah Yasin dan Surah Ibrahim, ayat empat. (Abdul Kahar bagaimanapun tidak menghuraikan makna ayat berkenaan

Soalan: Adakah haji dilantik (sebagai rasul) untuk mewakili Malaysia?
Jawapan: Bagi kaum Melayu saja. Untuk yang faham bahasa saya.

Soalan: Adakah haji boleh memberi syafaat sama seperti Nabi Muhammad saw?
Jawapan: Ya. Sebab saya boleh mengeluarkan manusia daripada kegelapan kekafiran kepada cahaya keimanan.

Soalan: Jadi adakah pengikut haji dijamin masuk syurga?
Jawapan: Pasti. Tuhan yang menjanjikan. Barang siapa yang mentaati Allah dan rasul-Nya, pasti Tuhan akan memasukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai di bawahnya. Itulah kemenangan yang besar. (Sambil merujuk surah An-Nisa')

Soalan: Apa perbezaan antara ajaran haji dengan Islam sekarang?
Jawapan: Sekarang orang Islam di negara ini membuat dusta dengan Tuhan. (Abdul Kahar diminta memberi contoh) Ayat yang diucapkan ketika sembahyang lima waktu tidak sama dengan apa yang dibuat untuk Tuhan. (Ketika itu Abdul Kahar diminta memberi contoh sekali lagi) Masa tuan-tuan sembahyang itu berkata dengan Tuhan. Tetapi apabila kata 'Ya aiyuhal kafirun' (Abdul Kahar merujuk kepada ayat pertama surah Al-Kafirun tetapi tidak lengkap) tuan-tuan mengkafirkan Allah kerana maknanya 'hai orang kafir', kamu berkata kepada Allah. Tuhan yang memberi petunjuk, kamu boleh kafirkan Dia. Ayat itu kita sepatutnya berkata kepada orang kafir, tetapi ia mesti dikatakan oleh rasul dan orang yang beriman kepada rasul.

Soalan: Haji pernah buat sembahyang lima waktu?
J: Dulu saya buat, tetapi selepas Tuhan katakan itu tidak betul saya tidak buat lagi... saya buat ikut sunnah dan al-Quran.

Soalan: Macam mana haji sembahyang?
Jawapan: Saya buat macam mana Nabi Ibrahim sembahyang iaitu mencegah benda keji mungkar. Macam mana ibu bapanya yang menyembah berhala dan dia cegah.

Soalan: Rasulullah saw sendiri solat lima waktu, bagaimana haji boleh katakan ia tidak wajib?
Jawapan: Can you prove to me (Boleh awak buktikan pada saya) awak pernah jumpa dia (Nabi Muhammad), tengok sendiri dia sembahyang? Jika hanya secara lisan, itu tidak boleh.

Soalan: Dalam hadis perkara itu disebut. (Pegawai Jais kemudian)membaca hadis dalam bahasa Arab tetapi, Abdul Kahar meminta dijelaskan dalam bahasa Melayu). Maksudnya, sembahyang kamu sebagaimana kamu melihat aku (Rasulullah saw) sembahyang.
Jawapan: Hadis itu siapa yang buat? Siapa yang mengarangnya, siapa perawinya? (Pegawai Jais menjawab hadis itu diriwayatkan al-Bukhari.) Adakah awak kenal dia. Awak tahu biodata dia. Awak pernah lihat dia. Adakah awak dengar sendiri dia cerita dengan awak. Jika tidak, benda itu tidak benar. Itu bukan daripada Tuhan.

Catatan: Khalifah Abu Bakar As Siddiq telah memerintahkan panglima Khalid Al Walid memerangi nabi-nabi palsu yang munsul setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW.

Jumaat, Oktober 21, 2005

TERINGIN KE SANA

Bila membaca tulisan ini teringin rasanya hendak merasai kemeriahan Ramadan di Mekah dan Madinah.

Halaman Mesjid Nabawi Menjadi Hamparan 'Meja Makan' Sepanjang Ramadhan
Oleh:
19/10/2005 16:18 WIB

eramuslim - Lapangan terbuka di depan Masjid Nabawi, Madinah atau yang lebih dikenal dengan masjid Nabi Muhammad saw., menjadi hamparan 'meja makan' selepas sholat Ashar di bulan Ramadhan. Seluruh warga dari penjuru kota bahkan dunia yang datang ke masjid itu, berbaur menunggu saat berbuka dan menyantap makanan yang tersedia bersama-sama.

Semua ini bisa terjadi karena kebaikan hati warga Madinah yang berlomba-lomba berbuat kebajikan di puasa dengan menyediakan makanan untuk berbuka.Suasana persaudaraan begitu kental melihat warga Muslim dari seluruh penjuru dunia saling duduk berdampingan menghadap 'meja makan' dalam nuansa penuh keakraban dan kebersamaan. Mereka makan dan minum bersama-sama saat berbuka tiba, kemudian dengan semangat bersiap-siap untuk melakukan sholat Maghrib berjamaah.

"Keluarga kami sudah terbiasa memilih area di lapangan masjid ini untuk menyediakan santapan berbuka untuk sekitar 50 orang, setiap tahunnya sepanjang bulan Ramadhan," kata salah seorang dermawan pada situs Islamonline."Kami menyebar di pintu masuk masjid untuk mengajak para jamaah yang sedang melaksanakan umrah dan para jamaah masjid lainnya untuk berbuka puasa bersama kami," katanya.

Ada juga warga yang sengaja mengundang teman-teman atau anggota keluarga lainnya datang ke halaman masjid untuk berbuka puasa bersama.

"Setiap tahun, kami membawa makanan dan minuman ke masjid dan mengundang teman-teman untuk bergabung," ujar Amin Al-Sayed.

Sudah menjadi tradisi bagi warga Arab Saudi berlomba-lomba mendapakan pahala bulan Ramadhan dengan menyediakan makanan berbuka bagi warga lainnya. Mereka berebut tempat di halaman masjid yang luas, siapa lebih awal datang maka ia akan mendapatkan tempat terlebih dulu.

"Warga Saudi senang memasak makanan-makanan yang menurut mereka paling enak dan menghidangkanya di atas ribuan meja kecil di depan masjid," ujar Khaled Al-Akhmimi sambil menyebut sejumlah menu spesial bagi warga Arab Saudi di bulan Ramadhan.

Al-Akhmimi mengatakan, dulu, satu meja hanya menampung 10 orang. Tapi sekarang bisa menampung sampai 50 orang.

Beberapa warga Saudi bahkan membentuk kelompok, mengumpulkan sumbangan untuk budget selama 1 bulan. "Kebiasaan ini sudah turun temurun dari satu generasi ke generasi lainnya, jauh sebelum era tahun 1950-an," kata seorang warga Madinah.

Kebiasaan menyediakan makanan ini, biasanya berlanjut sampai bulan Syawal dan setiap hari Senin dan Kamis pada bulan-bulan biasa.

Pengelolaan penyediaan makanan untuk berbuka puasa itu di kelola dan diorganisir oleh pengurus masjid dengan mempekerjakan sekitar 4.000 sukarelawan yang bekerja selama 24 jam untuk kebutuhan para jamaah dan menjaga agar masjid tetap bersih. (ln/iol)

Khamis, Oktober 20, 2005

AL FATIHAH

Al Fatihah buat isteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datin Seri Endon Mahmood yang meninggal dunia di kediaman rasminya Seri Perdana di Putrajaya jam 7.55 pagi tadi.

Allahyarham berumur 64 tahun meninggalkan dua orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Putrajaya untuk disembahyangkan pada waktu Asar, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Precint 20, Putrajaya.

Isnin, Oktober 17, 2005

MALAM INI GERHANA BULAN?

TARIKH : 13 RAMADHAN 1426 HIJRAH / 17 OKTOBER 2005 (ISNIN)

MASA BERLAKU : 8.05 MALAM HINGGA 8.25 MALAM

KEADAAN GERHANA : BULAN DILIHAT DALAM KEADAAN SOMPEK

Beliau meminta saya menyampaikan mesej ini kepada semua anggota supaya membuat
persediaan awal berhubung gerhana bulan tersebut. Di antara persediaan awal ialah menyeru kepada seluruh umat Islam mengerjakan Solat Gerhana Bulan pada malam tersebut serta diikuti dengan Khutbah Gerhana.

Mesej "sompek" yang difokuskan oleh beliau, tidak dapat digambarkan,Hanya Allah yang mengetahui. Maka beliau mengingatkan kepada kita, sesungguhnya berhati-hati dalam segala amalan kita dan ikhlaskan diri dalam Beribadat serta taatilah sepenuhnya suruhan Allah dan jauhi laranganNya.

Sehubungan dengan itu, kejarlah masa tersebut di mana-mana surau atau masjid untuk bersama-sama mengerjakan solat gerhana bulan sebelum Solatterawih dimulakan. Insyaalah, saya di Surau Al-Taufiqiyah Taman MewahKulai akan mengerjakan solat tersebut berserta Khutbah Gerhana. Kepada semua sahabat-sahabat yang berkelapangan masa, dialu-alukan bersama-sama dimajlis tersebut.

SATU KISAH YANG INDAH

Semalam 16hb (Ahad) sekali lagi saya berpeluang menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan oleh penerbit PTS.

Menurut pembimbing bengkel tersebut, Puan Ainon Mohd, penulis yang hendak menerbitkan buku atau novelnya mestilah menghadiri bengkel atau kursus yang dianjurkan oleh PTS.

Menurut Puan Ainon lagi, PTS mempunyai mazhab sendiri dalam bidang penerbitan yang mana penulis dikehendaki menjadikan kisah dalam surah Yusuf sebagai panduan dalam menghasilkan karya.

Syarat yang dikehendaki oleh Puan Ainon itu amat baik kerana hanya Al Quran sahaja sebaik panduan bukan sahaja dalam kehidupan tetapi juga dalam bidang penulisan.

Allah berfirman dalam surah Yusuf ayat 3, kami ceritakan kepada kamu sebuah kisah yang indah melalui wahyu kami dalam Al Quran. Sesungguhnya engkau sebelum ini termasuk orang yang lalai.

Membaca surah Yusuf ( dengan memahami maknanya) kita akan dapati banyak pengajaran yang boleh diterapkan ke dalam penulisan.

Dalam surah Yusuf diterangkan bagaimana sifat iri hati dan dendam kesumat itu amat bahaya kerana boleh merenggangkan hubungan keluarga sehingga abang sanggup menganianya adiknya sendiri. (Nabi Yusuf).

Sebagai bapa pula (ayah Nabi Yusuf) bersabar dengan tingkah laku anak-anak akhirnya mereka ditemukan semula dalam suasana bahagia.

Namun membalas dendam tidak dibolehkan bilamana Nabi Yusuf berkuasa menjadi Perdana Menteri dia tidak membalas dendam terhadap adik beradiknya.


Dalam surah Yusuf juga terdapat 74% ayat berbentuk dialog yang paling indah. Sebagai contoh Allah tidak menerangkan bagaimana cantiknya Nabi Yusuf sehingga Zulaikha terpikat tetapi digambarkan dalam dialog sekumpulan wanita yang sedang mengupas buah-buahan apabila terpandang Nabi Yusuf mereka bertanya Apakah lelaki itu manusia atau malaikat? sehingga terluka jari-jari mereka terhiris pisau.

Bagi para suami pula tidak boleh berkata kasar atau memaki hamun apatahlagi menuduh isteri dengan pelbagai tuduhan. Contohnya apabila Gabenor Aziz suami Zulaikha mendapat bukti isterinya yang bersalah hanya berkata Sesungguhnya engkau sudah melampaui batas.

Demikian beberapa contoh menarik yang terdapat dalam surah Yusuf.

Kerana itu usaha Puan Ainon Mohd melalui PTS untuk menerbitkan novel Islam dengan menjadikan surah Yusuf sebagai panduan amat menarik dan sewajarnya diberi sambutan oleh para penulis.

Sesungguhnya hanya Al Quran sahaja sebaik-baik panduan.

Jumaat, Oktober 14, 2005

ERAMUSLIM

Irene Rekard Berikan Bekal Ilmu Puasa bagi Anak-Anak Perancis Lewat Buku Cerita
13/10/2005 15:59 WIB

eramuslim - Irene Rekard, seorang mualaf yang juga penulis asal Perancis, menerbitkan buku anak-anak yang berisi kisah-kisah seputar Ramadhan dari seluruh dunia. Menurut Rekard, buku yang diberi judul 'Et si Ramadan m'etait conte....' (Apa yang Ramadan ceritakan untukku) diterbitkan bertepatan dengan datangnya bulan Ramadhan untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan yang sering dilontarkan anak-anak tentang pentingnya dan nilai puasa.

Buku itu berisi 30 kisah terpisah, sesuai dengan lamanya satu bulan Ramadhan. Ketigapuluh kisah dalam buku tersebut bertujuan untuk memberikan pengetahuan pada anak-anak tentang puasa dan dasar-dasar spiritual dari pelaksaan ibadah puasa.

"Anak-anak akan menemukan dalam setiap cerita, nilai-nilai dan penjelasan tentang perspektif kemanusiaan dalam Islam," kata Rekard.

"Puasa, anakku, terkait dengan persatuan umat," ujar Rekard menirukan ucapan Ummu Hasan, salah satu karakter yang terdapat dalam bukunya.

Dalam menyusun buku tersebut, Rekard pada awalnya mengacu pada kehidupan masyarakat Muslim di Perancis, tapi kemudian ia mengeneralisasikannya dengan mengambil cerita-cerita dari berbagai negara di dunia, mulai dari Frankfurt, Jerman sampai Mekkah di Arab Saudi.

Dalam kisah pertama di buku itu, dikisahkan seorang bocah laki-laki bernama Hasan yang diminta ibunya untuk mengganti saluran televisi ke Mekkah untuk menyaksikan liputan sholat.Karena tidak memahami adanya perbedaan waktu antar negara, Hasan berlari menjumpai ibunya agar segera menyiapkan santapan untuk berbuka puasa, karena saat itu ia mendengar suara adzan Maghrib dari televisi Mekkah.

Sampai akhirnya Hasan mengetahui bahwa waktu sholat hampir berlaku selama 24 jam di seluruh penjuru dunia, satu waktu di Arab Saudi, waktu lain di Palestina dan seterusnya. Dalam bukunya itu, Rekard juga menggunakan kata-kata kunci dengan warna yang berbeda-beda termasuk penggunaan sejumlah istilah agama Islam seperti Tarawih, Maghrib dan Sahur.
Kemudian dalam kisah kedua, diceritakan tentang Yusuf pergi ke masjid bersama ayahnya untuk sholat tarawih ketika Yusuf libur sekolah selama dua hari.

Rekard mengaitkan puasa dengan sekolah dan belajar, untuk menarik perhatian pembaca pada fakta bahwa berpuasa tidak serta merta menghentikan aktifitas anak-anak seperti belajar, tapi sebaliknya anak-anak bisa belajar lebih banyak pada saat bulan puasa. (ln/iol)

(ERAMUSLIM)

Rabu, Oktober 12, 2005

OH MALAYSIAKU

100,000 murid tahun 2 hingga 6 tidak tahu membaca

KUALA LUMPUR 11 Okt. - Ketika negara memasuki fasa kedua menuju Wawasan 2020, terdapat lebih 100,000 murid tahun dua hingga enam sekolah rendah di seluruh negara didapati tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

Datuk Mohd. Sarit Yusoh (BN-Temerloh) semasa mendedahkan angka itu berkata:
``Tidak guna kita laungkan ingin menjadi negara maju ke hulu ke hilir, untuk melaungkan Wawasan 2020 tetapi terdapat tiga peratus murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.

``Kita tidak boleh biarkan perkara ini berlaku. Kementerian Pelajaran perlu mempunyai program jangka panjang bagi memastikan tidak ada lagi murid-murid sekolah rendah tidak tahu membaca, menulis dan mengira.''

Beliau menyatakan demikian ketika membahaskan Bajet 2006 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.Bagi sebuah negara seperti Malaysia, kata Mohd. Sarit lagi, keadaan itu tidak seharusnya berlaku.

Beliau merasakan Kementerian Pelajaran tidak melakukan pemantauan sewajarnya terhadap murid-murid sekolah rendah sehingga timbul masalah itu.

Sehubungan itu ahli Parlimen tersebut menggesa agar dilaksanakan program bagi mengatasi masalah berkenaan yang dianggapnya sebagai defisit pendidikan.

Mohd. Sarit juga membangkitkan mengenai infrastruktur pendidikan yang tidak selari di seluruh negara kerana ada sekolah-sekolah yang tidak ada bekalan air, elektrik dan kemudahan lain.

``Apa yang menjadi persoalannya ialah bukan kita tidak mampu, kalau tidak mampu lain cerita. Ini kita mampu, bagaimana keadaan ini boleh berlaku,'' ujarnya.

Sehubungan itu beliau meminta Kementerian Pelajaran menyelesaikan masalah itu dengan segera dengan harapan ia tidak lagi timbul tahun depan.

(UTUSAN MALAYSIA HARI INI)

Isnin, Oktober 10, 2005

OH SALAHUDIN

Salahudin Al Ayubi seorang pahlawan Islam yang terbilang. Antara jasanya ialah menggantikan fahaman Syiah di Mesir dengan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah, mengalahkan tentera Eropah dalam perang Salib dan kejayaan paling berharga berjaya menawan Baitul Muqaddis. Beliau juga yang menganjurkan perayaan maulidur Rasul sebagai memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

Sultan Salahudin Al Ayubi berbangsa Kurdis yang dilahirkan di Tikrit meninggal dunia pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pada usia 57 tahun.

Walaupun baginda seorang Sultan yang memerintah Mesir, Syria dan Palestin, pernah mengalahkan tentera Eropah dalam perang Salib namun kehidupan Salahudin Al Ayubi amat sederhana. Di ceritakan baginda tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak pernah menyimpan harta yang banyak.

Ketika meninggal dunia Salahudin Al Ayubi hanya meninggalkan beberapa dinar yang jumlahnya tidak mencukupi untuk perbelanjaan pengebumiannya.

Kisah Pahlawan Islam yang terbilang itu diceritakan dalam pelbagai versi namun tidak ada yang menepati kisah yang sebenarnya.

Sebuah filem berjudul KINGDOM OF HEAVEN hanya menceritakan kehebatan tentera salib tetapi seolah sengaja tidak menonjolkan kehebatan Salahudin Al Ayubi.

Sepanjang bulan puasa ini TV1 ada menyiarkan drama arab berjudul SALADIN. Setelah beberapa episod ditayangkan saya masih tercari-cari di manakah Salahudin Al Ayubi yang sebenarnya?.

6hb Ramadan

Hari ini sudah 6 hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Semoga kita terus mendapat kesabaran dan kekuatan untuk berpuasa hingga ke akhir Ramadan.

Saat paling mengembirakan bagi yang berpuasa apabila menunggu saat hendak berbuka. Sebaik saja azan berkumandang masing-masing pun menikmati juadah yang terhidang kerana sunat segera berbuka puasa.

Sebaiknya kita makan buah kurma dulu sebelum menjamah makanan yang lain. Itu yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Menurut kajian buah kurma mengandungi banyak khasiat. Selain boleh menghapuskan bakteria yang terdapat dalam perut setelah kosong tidak diisi dengan makanan buah kurma juga dikatakan boleh mengubati luka-luka dalam perut

Satu lagi keistimewaan bulan Ramadan ada Solat Terawih. Walaupun itu sembahyang sunat tetapi solat Tarawih hanya ada pada bulan Ramadan dan tidak boleh dikerjakan pada bulan yang lain. Kerana itu amat rugi mereka yang tidak bersolat Tarawih.

Semoga amalan kita diterima. Amin.

Selasa, Oktober 04, 2005

MENUAI PAHALA RAMADAN

Selamat datang Ramadan

kita sambut dengan sabar dan takwa

mari kita menuai pahala Ramadan

satu amalan sunat kita lakukan

sama pahalanya dengan satu amalan fardhu

satu amalan fardhu kita tunaikan

dikurniakan ganjaran 70 kali ganda

Mari kita tuai pahala Ramadan

berpuasa di siang hari

berjaga di malam sepi

sujud di tikar keinsafan

kuntum-kuntum Ramadan pun berkembang

semerbak harum di taman Firdausi.

Isnin, September 26, 2005

KHALID BIN AL WALID

PAHLAWAN PEDANG ALLAH

Pagi itu sebelum matahari terbit orang ramai sudah berkumpul di depan Kaabah. Mereka menunggu kedatangan seorang lelaki yang paling mereka sanjungi iaitu Khalid bin al Walid. Masing-masing seolah tidak sabar menanti kedatangannya.

Kau tahu kenapa Khalid al Walid mengajak orang ramai berkumpul di sini pagi ini? tanya Abu Lahab kepada Abu Sufiyan.

Aku sendiri pun tidak tahu, jawab Abu Sufiyan. Kemudian katanya lagi, Khalid bin Al Walid seorang pahlawan agong. Namanya semakin masyhur setelah berjaya mengalahkan tentera Islam dalam peperangan Uhud. Mungkin dia hendak mengajak kita menyerang Madinah.”

Kalau benar seperti yang kau kata, aku orang pertama yang akan menyokongnya, kata Abu Lahab. Kemudian dia menyambung lagi kata-katanya. Aku sanggup menyerahkan semua kuda dan unta milikku untuk digunakan oleh tentera kita bagi memerangi Muhammad.

Aku juga akan menyokong kerana kita telah kalah dalam peperangan Badar. Tetapi Khalid bin al Walid telah berjaya menebus kekalahan kita itu dalam peperangan Uhud. Kita terhutang budi kepadanya. Kerana itu kita mesti menyokong apa saja tindakannya terhadap Muhammad, balas Abu Sufiyan pula. Dia adalah ketua suku Bani Umaiyah.

Kita beruntung kerana Khalid bin Al Walid menyebelahi kita. Dia bukan sahaja gagah dan berani tetapi juga bijak mengatur perancangan di medan perang. Kerana itu memang selayaknya dia dilantik menjadi pemimpin tentera, puji Abu Lahab.

Perbualan mereka terhenti bila Khalid bin Al Walid datang. Dia berdiri membelakangi Kaabah lalu mengadap ke arah orang ramai.

Kau lihat Khalid Al Walid, kata Abu Lahab. Dia berpakaian lengkap seperti pahlawan. Mukanya nampak garang dan tangan kanannya sentiasa memegang hulu pedang yang tersisip di pinggangnya.

Aku yakin dia hendak mengajak kita memerangi Muhammad. Mari kita dengar apa yang hendak diumumkannya, balas Abu Sufian pula.

Semua mata tertumpu kepada lelaki bertubuh sasa, berjanggut tebal dan berwajah tampan itu. Dengan suara yang lantang Khalid bin al Walid pun berkata; Mulai hari ini, pada pagi yang bertuah ini, aku mengaku sesungguhnya Muhammad itu seorang Rasul dan agama yang dibawanya adalah agama yang benar!

Tiba-tiba suasana menjadi kecuh. Orang ramai marah apabila mendengar kata-kata Khalid bin Al Walid. Abu Lahab bertempik sekuat hatinya, Celaka engkau wahai Khalid bin al Walid. Sesia saja Al Walid membesarkan kau. Sesia sahaja Lababah melahirkan kau. Adakah kerana itu engkau menyuruh kami berkumpul di sini?

Aku seorang pahlawan. Sejak dari kecil aku dididik supaya berani berterus terang. Aku mahu kamu mengetahui bahawa aku telah menjadi pengikut Muhammad, balas Khalid al Walid.

Abu Lahab berdiri sambil bercekak pinggang. Wahai Khalid al Walid. Engkau dari Suku Bani Makhzum. Suku kaum yang paling kami pandang tinggi. Ayah engkau bernama Al Walid seorang yang paling kaya dan berpengaruh di kalangan kami. Ibu engkau bernama Lababah, seorang wanita yang kami hormati. Janganlah engkau menyakiti hati kami kerana engkau adalah orang mulia di kalangan kami, kata Abu Lahab.

Ayah dan ibuku sudah tiada. Aku pula sudah dewasa. Aku berhak memilih jalan hidup sendiri. Dan aku memilih Islam sebagai agamaku, balas Khalid bin Al Walid pula.

Abu Labah semakin marah. Mukanya bengis. Apa yang engkau dapat bila menjadi pengikut Muhammad? tanya Abu Lahab.

Belum sempat Khalid bin Al Walid menjawab, Abu Lahab menyambung kata-katanya Muhammad itu seorang yang miskin. Sejak kecil dia menjadi yatim piatu. Hidupnya mengharap belas kasihan orang. Dia tidak pandai menulis dan membaca. Sedangkan engkau anak seorang hartawan. Apabila ayah engkau mati maka engkau mewarisi harta kekayaannya. Engkau mewarisi ladang buah-buahan yang amat luas. Memiliki beribu ekor unta dan kuda. Mempunyai beratus orang hamba sahaya. Apa lagi yang engkau hendak cari?

Memang benar kata-katanya, balas Abu Sufiyan pula. Al Walid ayahmu seorang hartawan yang dermawan. Dia sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi mengganti kelambu Kaabah. Dia juga yang menyediakan makanan dan minuman bagi orang ramai yang mengelilingi Kaabah. Engkau contohilah ayahmu.

Memang benar ayah aku seorang yang kaya. Tetapi segala harta kekayaannya itu ditinggalkan setelah dia meninggal dunia. Memang benar ayah aku seorang yang dermawan dan paling berpengaruh di kalangan kamu. Tetapi semua itu tidak dapat menyelamatkan dia dari kematian. Aku yakin hanya Muhammad saja yang dapat menyelamatkan hidup kita di dunia dan di akhirat, jawab Khalid bin Al Walid.

Engkau telah terkena sihir Muhammad. Aku akan carikan seorang dukun yang handal untuk mengubatimu, teriak Abu Lahab sambil memukul dadanya dengan tangan sebagai tanda marah yang amat sangat.

Sebenarnya aku telah lama yakin apa yang dibacakan oleh Muhammad itu adalah benar. Dan aku yakin agama yang dibawanya juga adalah benar. Tetapi kebenaran itu ditutup oleh hawa nafsu, harta dan pangkat yang ada pada diriku. Tetapi mulai pada hari ini, aku telah melawan hawa nafsuku itu. Aku sanggup kehilangan harta dan pangkat demi untuk mencari kebenaran, balas Khalid bin Al Walid.

Wahai Khalid, teriak seorang pemuda. Namanya Ikramah bin Abu Jahal. Awak tak sepatutnya bercakap begitu.

Bagi mereka yang mempunyai akal fikiran yang sempurna, Telah jelas dan terang bahawa Muhammad itu bukan seorang ahli sihir. Segala perkataan yang keluar dari mulutnya adalah Kalam Allah Rabbul Alamin. Oleh sebab itu jadi kewajipan bagi tiap-tiap orang yang berakal sihat mengikut Muhammad, balas Khalid Al Walid.

Ikramah bin Abu Jahal tidak dapat menahan rasa marah. Dia tampil ke depan lalu berdepan dengan Khalid bin Al Walid. Wahai Khalid, engkau adalah pemimpin tentera Quraisy. Engkau tidak sepatutnya bercakap seperti itu, katanya.

Kenapa?. Salahkah aku berterus terang? tanya Khalid.

Muhammad telah mencemarkan keluarga kamu dan menjatuhkan maruah ayah kamu dengan membunuh bapa saudara dan sepupu kamu dalam perang Badar. Demi Tuhan, aku tidak akan masuk Islam dan tidak akan bercakap seperti yang engkau cakapkan. Aku dan kaum Quraisy bersedia untuk berperang dengan mereaka, jawab Ikramah bin Abu Jahal.

Engkau sombong dan jahiliyah. Demi Allah, aku telah Islam dan kebenaran telah nyata, balas Khalid al Walid.

Dia memang sudah terkena sihir Muhammad! teriak orang ramai.

Jangan benarkan dia menjadi pengikut Muhamnmad. Teriak mereka lagi.

Dengan pantas Khalid bin Al Walid menghunus pedangnya. Hari ini aku akan pergi ke Madinah untuk bertemu dengan Muhammad. Sesiapa yang tidak takut isterinya menjadi janda, dipersilakan menghalang perjalanan aku. Sesiapa yang sanggup anak-anaknya menjadi yatim, marilah bertarung dengan aku, katanya mencabar.
Aku tidak akan menyahut cabarannya kerana dia terkena sihir Muhammad, kata Ikramah sambil menjauhkan diri dari Khalid.

Khalid terus mencabar namun tidak ada seorang pun yang berani menyahut cabarannya. Kemudian Khalid bin Al Walid menunggang kudanya. Dan sebelum meninggalkan tempat itu dia berkata; Aku akan pergi ke Madinah seorang diri. Sesiapa yang tidak sayang kepada nyawanya dipersilakan menghalang perjalanan aku.

Kalau Khalid bin Al Walid berjaya sampai ke Madinah lalu bergabung dengan Muhammad maka kedudukan mereka bertambah kuat. Dan kita berada dalam bahaya, kata Abu Sufiyan melahirkan rasa bimbangnya.

Benar kata awak. Aku akan cuba menghalangnya, kata Abu Lahab pula.

Jangan gunakan kekerasan. Cubalah pujuk dia, Abu Sufiyan mencadangkan.

Abu Lahab pun cuba memujuk Khalid bin Al Walid. Aku sanggup beri kau apa saja asalkan jangan menemui Muhammad, katanya.

Walau apapun halangannya, aku tetap akan pergi menemui Muhammad. Aku sudah menjadi pengikutnya, balas Khalid bin Al Walid.

Kalau kau inginkan gadis-gadis yang cantik aku sanggup menyediakannya. Kalau kau inginkan harta aku sanggup memberinya. Kalau kau hendak menjadi raja kami sedia melantiknya, Abu Lahab terus memujuk.

Bukankah kau juga pernah menawarkan perkara yang sama kepada Muhammad?. Apakah dia menerimanya? tanya Khalid pula.

Muhammad itu memang bodoh kerana itu dia menolaknya, jawab Abu Lahab.

Sekali lagi kau mengatakan Muhammad itu bodoh aku akan penggal leher kau! balas Khalid bin Al Walid sambil menghunus pedangnya.

Abu Lahab berasa takut yang amat sangat. Dengan cepat dia berlalu dan Khalid bin al Walid meneruskan perjalanannya ke Madinah. Namun Abu Lahab tidak berputus asa. Dia membuat tawaran kepada orang ramai. Sesiapa yang sanggup menghalang Khalid bin Al Walid bertemu Muhammad akan aku berikan hadiah! katanya.

Tetapi tidak seorang pun yang sanggup menyambut tawaran tersebut. Tidak ada yang sanggup isterinya menjadi janda. Dan tidak siapa yang sanggup anak-anaknya menjadi anak yatim, ujar Abu Sufiyan. Kemudian katanya lagi.

Hanya Omar bin al Khatab saja yang berani bertarung dengan Khalid al Walid. Tetapi sekarang Omar sudah menjadi pengikut Muhammad. Kerana itu aku yakin tidak ada sesiapa lagi yang berani menentangnya.

Namun Abu Lahab tidak berputus asa. Dia menaikkan lagi tawaran hadiahnya. Aku sanggup beri sepuluh ribu dinar kepada sesiapa yang sanggup menghalang Khalid bin Al Walid, katanya.

Tiba-tiba seorang pemuda mengangkat tangan sebagai menyatakan kesanggupannya. Aku sanggup menghalang perjalanan Khalid bin Al Walid ke Madinah. Tetapi dengan satu syarat.

Apakah syaratnya, wahai orang muda? tanya Abu Lahab pula.

Berikan aku dua puluh ribu dinar. Dan aku akan hadiahkan kepala Khalid al Walid kepada kau, jawab pemuda itu.

Awak masih muda. Dan awak bukan tandingan dia, tempelak Abu Sufiyan.

Aku seorang yang cekap memanah. Aku akan gunakan anak panahku untuk menghalang perjalanan Khalid bin Al Walid. Kalau tidak berjaya aku akan gunakan lembingku. Dan kalau masih tidak berjaya aku akan gunakan pedangku, kata pemuda itu dengan bersungguh-sungguh.

Abu Lahab gembira mendengarnya. Aku akan berikan engkau dua puluh ribu dinar. Tetapi kalau engkau tidak berjaya menghalang Khalid maka pulangkan semula duit itu kepada aku, katanya.

Baiklah, aku setuju, balas pemuda itu.

( Bab pertama dari novel Khalid Al Walid yang akan diterbitkan oleh PTS)

Rabu, September 21, 2005

IMAM MUDA


Ekoran kisah Khalid Walid yang disiarkan dalam blog ini ada seorang pembaca yang menamakan dirinya sebagai Imam Muda menghantar emel bertanya begini.

1) Apakah wajar Saidina Omar memecat Khalid Walid?.

2) Benarkah Saidina Omar menaruh perasaan dendam kerana Khalid bin Walid lebih popular daripadanya?.

Menurut kisahnya sebelum masuk Islam Omar dan Khalid memang terkenal sebagai pemuda yang gagah. Keduanya pernah bertarung untuk menentukan siapa yang lebih kuat. Dalam perlawanan itu Khalid bin Walid berjaya mematahkan kaki Omar.

Saidina Omar lebih dulu masuk Islam dari Khalid. Namun khalid yang mendapat perhatian istimewa dari Rasulullah sehingga digelar Saifullah atau Pahlawan Pedang Allah dan dilantik mengepalai angkatan tentera Islam dalam banyak peperangan.

Ada yang mengatakan selepas Rasulullah menakluk kota Mekah ramai yang memeluk Islam kerana terpaksa disebabkan ketika itu Islam telah kuat sehingga berjaya menguasai Mekah dan Madinah. Namun khalid masuk Islam sebeluk penawanan Mekah.

Ada pula yang berperang kerana hendakkan harta rampasan perang. Saidina Omar tidak senang dengan tindakan Khalid membahagikan harta rampasan perang tanpa merujuk dulu kepada Khalifah. Namun Khalid bukan orang kaya. Semasa meninggal dunia Khalid Cuma meninggalkan kuda dan pedang sahaja.

Khalid pula dikatakan terlalu berani dalam peperangan sehingga dikatakan tindakannya membahayakan nyawa tentera Islam. Namun ramai yang memuji Khalid kerana boleh dikatakan semua peperangan yang diketuainya mencapai kemenangan.

Setelah Khalid dipecat dari jawatannya dia tidak menunjukan penentangan terhadap Saidina Omar. Dia terus menyertai peperangan walaupun sebagai tentera biasa. Abu Ubaidah bin Jarrah sendiri berasa malu hendak menyampaikan surat perlantikan yang diterimanya daripada Saidina Omar kepada Khalid dan dia tidak pula menunjukkan rasa angkuh setelah memegang jawatan tersebut.

Memang benar Khalid baru saja memeluk Islam dan dia belum mahir mengenai hukum hakam agama kerana masanya lebih banyak dihabiskan di medan perang. Namun ada hadis yang bermaksud sesaat berjihad di jalan Allah itu lebih baik dari beribadat sekian tahun.

Saidina Omar bin Khattab antara 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Beliau juga sahabat nabi yang paling rapat sehingga boleh dijadikan contoh dan ikutan. Khalid bin walid pula seorang pahlawan yang berjasa kepada Islam sehingga mendapat gelaran Saifullah atau pahlawan pedang Allah.

Kesimpulannya, Saidina Omar dan Khalid adalah tokoh yang istimewa. Seorang dijamin masuk Syurga dan seorang lagi digelar oleh Rasulullah SAW sebagai Pahlawan Pedang Allah.

Ahad, September 18, 2005

KHALID BIN AL WALID


PAHLAWAN PEDANG ALLAH

Khalid bin Al Walid terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani sehingga mendapat gelaran SAIFULLAH atau pedang Allah. Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah. Dalam perang tersebut tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rome yang berjumlah 200,000 orang.

Apabila panglima Zaid bin Harithah gugur maka tempatnya diambil alih oleh panglima Jakfar bin Abi Talib. Apabila Jakfar gugur maka tempatnya diambil oleh Abdullah bin Rawwahah. Dan apabila panglima Abdullah juga gugur maka tentera Islam melantik Khalid bin Al Walid sebagai pemimpin mereka. Dengan kebijaksanaannya tentera Islam berjaya diundurkan dengan selamat setelah menimpakan kerugian yang besar terhadap tentera Rome.

Berita tersebut sampai kepada Nabi Muhammad SAW lalu baginda bersabda yang maksudnya
Zaid memegang panji-panji kemudian gugur. Panji-panji diambil oleh Jakfar dan dia pun gugur juga. Panji itu dipegang oleh Ibnu Rawwahah dia pun gugur juga,
Rasulullah SAW diam sebentar dan kelihatan baginda menitiskan air mata. Kemudian baginda bersabda lagi

Akhirnya panji-panji itu dicapai oleh Si Pedang Allah dan Allah mengurniakan kemenangan kepada mereka (kaum muslimin)

Panglima Khalid bin Al Walid mempunyai pertalian yang rapat dengan Rasulullah SAW. Tetapi sebelum masuk Islam dia salah seorang penentang Islam yang paling keras. Ketika berlakunya perang Uhud Khalid bin Al Walid berjaya mengkucar kacirkan tentera Islam serta membunuh 50 orang tentera pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW di atas bukit Uhud.

Tetapi setelah memeluk Islam Khalid bin Al Walid menjadi tentera yang paling keras menentang mereka yang memusuhi Islam. Kerana keberanian, kegagahan dan kebijaksaannya dia dilantik menjadi pemimpin tentera Islam dan terlibat hampir 50 medan perang yang besar.
Antaranya, memerangi golongan murtad, menakluk kerajaan parsi, kerajaan Hirah dan puncak kegemilangannya apabila berjaya mengalahkan tentera Rom dalam Perang Yarmuk.

Di zaman khalifah Saidina Omar bin Khatab, panglima Khalid bin Al Walid dipecat dari jawatannya. Namun dia terus berjuang walaupun Cuma sebagai tentera biasa. Kemudian dia membawa isteri dan anak-anaknya menetap di Syam. Ketika berada di sana berlaku wabak taun menyebabkan anak-anaknya meninggal dunia seorang lepas seorang sehingga kesemua anak-anaknya seramai 40 orang meninggal dunia.

Kemudian dalam tahun 21 hijrah Khalid bin Al Walid jatuh sakit. Ketika terbaring di atas ranjangnya panglima yang mendapat gelaran Pedang Allah itu menangis kerana hajatnya hendak mati syahid di medan perang tidak kesampaian.

Ketika meninggal dunia panglima agong itu berusia 55 tahun. Semasa dimandikan terdapat 80 bekas parut luka diseluruh badannya. Khalid bin Al Walid tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya dalam peperangan.

Bila berita kematian Khalid bin Al Walid sampai ke pengetahuan Saidina Omar bin Khatab, beliau berkata Tuhan rahmatkan rohmu wahai Abu Sulaiman (gelaran khalid) sesungguhnya semuanya tidak sebagaimana yang kusangka.

Khalifah Omar amat bersedih dengan kematian panglima Khalid bin Al Walid. Satu ketika dia berkata, aku memecat Khalid bukan kerana benci tetapi dia terlalu keras terhadap musuh. Aku tak mahu orang menyangka kemenangan tentera Islam kerana Khalid menjadi ketua. Dan satu lagi, Khalid terlalu sayangkan anggota pasukannya. Apabila mendapat harta rampasan perang dia tidak menunggu arahan sebaliknya terus membahagikan harta rampasan perang kepada anggota pasukannya.

Saidina Abu Bakar AS Siddiq berkata, Tidak ada lagi wanita yang mampu melahirkan anak seperti Khalid.

Adi bin Hatim pula berkata, nama Khalid dapat mengalahkan musuh sebelum peperangan berrmula.

Saidina Omar bin Khatab menyedari kesilapannya memecat panglima Khalid bin Al Walid dan bercadang hendak melantik semula sebagai ketua panglima tentera tetapi beliau telah meninggal dunia. Kata Saidina Omar,

Khalid telah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan rahmatkan Abu Bakar sesungguhnya dia lebih tahu mengenai laki-laki itu (khalid) lebih dari aku.

Semoga Allah merahmatinya. Amin. Al fatihah.

Jumaat, September 16, 2005

ISLAM DI SEPANYOL

Pada zaman kegemilangan kerajaan Umaiyah Islam telah bertapak di Sepanyol selama hampir 500 tahun. Tetapi apabila kerajaan Islam di Andalusia itu jatuh maka segala yang berkaitan dengan Islam telah dilenyapkan kecuali senibina Islam termasuk beberapa buah masjid yang telah dijadikan muzium.

Setelah beratus tahun Islam lenyap dari bumi Sepanyol kini sudah ada tanda-tanda Islam kembali bersinar.

Empat Puluh Sekolah di Spanyol, Mulai Ajarkan Agama Islam
Publikasi: 15/09/2005 16:36 WIB

eramuslim - Mulai tahun ini, yang akan jatuh pada pertengahan September, puluhan sekolah-sekolah di Spanyol akan mengajarkan mata pelajaran agama Islam. Pengajaran agama Islam di sekolah-sekolah ini, merupakan hasil kesepakatan antara pemerintah Spanyol dan persatuan organisasi-organisasi Islam Spanyol (Union of Islamic Associations).

Sebenarnya, hasil kesepakatan itu sudah berlaku sejak semester kedua tahun ajaran 2004-2005, namun baru dua sekolah saja yang memberlakukan mata pelajaran agama Islam.
Islam pertama kali diajarkan di Melilla dan Ceuta, dua kota di Maroko yang berada di bawah pemerintahan Spanyol. Populasi di kedua kota itu, 40 persennya adalah warga Muslim. Kedua kota inilah yang dijadikan percontohan pengajaran agama Islam bagi kota-kota lainnya di Spanyol.

Menurut kementerian pendidikan Spanyol, pengajaran agama Islam dibatasi hanya di 3 kota saja yaitu di Andalusia, Aragon dan Basque. Pembatasan itu dilakukan karena masih kurangnya tenaga pengajar agama Islam dan keputusan pemerintah Spanyol yang tidak mengizinkan tenaga guru agama Islam diambil dari Maroko atau negara-negara Islam lainnya.

Saat ini, baru 17 guru agama Islam yang dianggap memenuhi kriteria yang ditetapkan pemerintah Spanyol, yaitu harus lulusan universitas dan besar di Spanyol. Ketujuhbelas tenaga guru itu akan ditugaskan mengajar di sekitar 40 sekolah di tiga kota tersebut.Kepulauan Canary rencananya juga akan memulai pengajaran agama Islam pada tahun akademik ini. Namun karena terbatasnya jumlah guru, rencana itu dibatalkan.

Di ibukota Spanyol, Madrid terdapat kurang lebih 100.000 warga Muslim. Sementara di kota Barcelona, terdapat lebih dari 150.000 warga Muslim. Tapi sekolah-sekolah di dua kota itu belum mengajarkan agama Islam, lagi-lagi alasannya karena kekurangan tenaga pengajar.
Ketua Persatuan Organisasi Islam di Spanyol, Abdul Salam Mansur pada kantor berita Spanyol EFE mengaku tidak puas dengan masih sedikitnya guru agama Islam dan pembatasan dalam kesepakatan dengan pemerintah Spanyol. Kendati demikian, Mansour menilai diizinkannya pengajaran agama Islam di sekolah-sekolah merupakan langkah penting, terutama untuk meningkatkan citra Islam di kalangan masyarakat Spanyol.

Untuk itu, Sekretaris Jenderal Persatuan Organisasi Islam Spanyol, Riadh Tatari berharap kesepakatan itu diperluas sehingga agama Islam bisa diajarkan di seluruh sekolah di Spanyol.
Minat Siswa Masih Rendah

Kesepakatan dengan pemerintah Spanyol itu ditandatangani pada era 1990an ketika Partai Sosialis menjadi partai yang berkuasa di Spanyol. Namun pada tahun 1996, Partai Rakyat yang berkuasa di Spanyol membatalkan kesepakatan tersebut.

Sekarang, meski pengajaran agama Islam di sekolah-sekolah sudah diperbolehkan, minat siswa untuk mengambil kelas mata pelajaran itu ternyata tidak terlalu tinggi. Menurut data statistik, ada sekitar 80.000 siswa Muslim di Spanyol, tapi yang mendaftar untuk mengikuti kelas agama Islam hanya 25.000 orang.

Harian Spanyol El Periodico de Aragon melaporkan, pelajaran agama Islam yang diberikan dibatasi hanya pada sejumlah definisi Islam dan pengajaran tentang tatacara shalat dan peribadahan lainnya. Pelajaran akan disampaikan dalam bahasa Spanyol kecuali saat pelajaran membaca Al-Qur'an. Para guru agama Islam ini akan menerima bayaran sebesar 1.200 euro atau sekitar 1.471 dollar AS. (ln/iol)

Rabu, September 14, 2005

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru saya ucapkan
Kepada Ep dan isteri
Semoga berbahagia dunia dan akhirat.

Bertemu jodoh
Selesai akad nikah
Cincin disarung

Menjeling manja
Tangan erat digenggam
Dada berdebar
Image hosted by Photobucket.com

Jumaat, September 09, 2005

NOVEL TARIQ BIN ZIYAD


Alhamdulillah,

Penulisan manuskrip Tariq bin Ziyad telah selesai. Dan saya berasa amat gembira apabila Puan Ainon Mohd memaklumkan kepada saya PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD akan menerbitkannya.

Idea menulis novel tersebut bermula apabila saya berkunjung ke pejabat PTS yang terletak di Bukit Tinggi Bentong. Puan Ainon Mohd dalam kesibukannya sempat juga meluangkan masa berbincang dengan saya lebih 2 jam mengenai projek penulisan novel patriotik yang hendak diterbitkan. Dan saya menawarkan diri untuk menulis kisah pahlawan-pahlawan Islam yang akan ditulis dalam bentuk novel.

Saya memilih Tariq bin Ziyad kerana tokoh tersebut jarang diperkatakan berbanding pahlawan lain seperti Khalid bin Al Walid dan Salahuddin Al Ayubi. Sedangkan pahlawan tersebutlah yang menyebabkan Islam betapak di Sepanyol selama hampir 500 tahun.

Penulisan novel tersebut berjalan lancar kerana apabila siap bab pertama saya mengirimkannya kepada Puan Ainon melalui emal untuk di baca dan di edit. Dan Puan Ainon memaklumkan segera kepada saya jika terdapat kesilapan atau ada bahagian yang perlu dibuat tambahan. Dan pada bab yang pertama itu saya mendapat tunjuk ajar dari Puan Ainon bagaimana corak penulisan yang dikehendaki oleh PTS.

Alhamdulillah bab kedua dan seterusnya tiada lagi masalah malah Puan Ainon berpuas hati dan terus memberi semangat kepada saya untuk menulisnya.

Pada saya ini sesuatu yang amat menarik. Selama ini apabila manuskrip di hantar ke penerbit , manuskrip tersebut terperam betahun-tahun tanpa kabar berita. Saya tidak pernah dihubungi oleh editornya apatahlagi oleh bosnya. Mungkin sebuk kot…hehe

Berbalik pada Novel Tariq bin Ziyad. Saya membuat penulisan terakhir pada malam 31 Ogos. Saya tidak sempat menyaksikan konset malam merdeka kerana menyiapkannya hingga ke pagi.

Dan selepas itu badan rasa demam, kepala sakit kerana tak cukup tidur. Tetapi penat lelah hingga demam itu rasa sudah terubat apabila Puan Ainon memaklumkan kepada saya dia tertarik dan seronok membaca manuskrip Tariq bin Ziyad dan pihak PTS akan menerbitkannya dalam bentuk novel dan buku bergambar.
InsyaAllah.

Rabu, September 07, 2005

PERANG UHUD

Antara peperangan yang terhebat di zaman Rasullullah SAW ialah peperangan Uhud. Dalam peperangan tersebut Nabi sendiri yang memimpin pasukan tentera Islam bagi menghadapi tentera Quraisy. Jumlah tentera Islam cuma 700 orang berbanding tentera musuh seramai 3,000 orang. Dan mereka bertemu di bukit Uhud.
Uhud adalah suatu kawasan yang besar, empat batu ke utara Madinah dan tingginya mencecah 1,000 kaki dari tanah rata di sekitarnya. Keseluruhan kawasan ini menganjur 5 batu panjangnya. Di sebelah barat Uhud, terdapat persimpangan yang menurun dan curam, dan di kanan persimpangan tersebut, seperti yang dapat dilihat dari Madinah, sebuah lembah yang landai dan semakin mengecil di hujungnya lebih kurang 1,000 ela dari kaki persimpangan yang curam tadi. Di belakang hujung lembah yang sempit itu merupakan jalan mati kerana di situ titik bertemunya antara dua rabung yang tinggi. Di pintu masuk lembah itulah Rasulullah menempatkan tenteranya. Baginda membelakangi bahagian lembah yang meninggi itu.

Rasulullah mengatur tentera Islam dengan formasi yang rapat 1,000 ela ke hadapan. Kemudian baginda meletakkan barisan sayap kanannya di kaki persimpangan yang curam dan sayap kirinya di kaki bukit yang agak rendah, lebih kurang 40 kaki tinggi dan 500 kaki panjang, dipanggil Ainain. Tentera di kanan dalam posisi yang selamat namun yang di sebelah kiri berkemungkinan diserang dari belakang Ainain; untuk mengelakkan bahaya, Rasulullah meletakkan 50 pemanah, yang dapat memberi amaran sekiranya tentera Quraisy berpusing dan menyerang dari arah belakang.

Pasukan pemanah ini yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair, diberi arahan oleh Rasulullah; “Gunakan anak panahmu untuk tentera musuh. Pastikan mereka tidak menyerang kami dari belakang. Selagi kamu tidak meninggalkan posisi kamu, belakang kami akan selamat. Tidak seorangpun dibenarkan untuk meninggalkan tempat ini. Jika kamu melihat kami mendapat kemenangan, jangan sertai kami; jika kamu melihat kami menerima kekalahan, jangan turun untuk membantu kami.”
bersambung....

Isnin, September 05, 2005

PANTUN RAJA SEHARI

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN BUAT ZAREDA

Tinta Nostalgia Kehidupan

Bila mata bertentang mata
Kasih berpadu cinta terjalin
Bila sudah seiya sekata
Lalu bersanding di atas pelamin

Sungguh cantik anyaman rotan
Buat hamparan raja sehari
Sama cantik sama sepadan
Bagaikan raja dengan permaisuri.

Di ijab kabul zareda dan suami
Jodoh pertemuan sudah tersurat
Berkasih sayang suami isteri
Semoga berbahagia dunia akhirat

Khamis, September 01, 2005

ISRAK MIKRAJ

Daripada Nabi Muhammad S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4.Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata,
"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T. Lalu mereka berkata,

"Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, "....Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilanglah agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilanglah nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya.

Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilanglah akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilanglah syurga dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilanglah dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan.

Sesungguhnya pujian itu hanyalah untuk ALLAH. Tidak ada yang lebih hebat selain dariNYA!

= FYIDA OTHMAN

Rabu, Ogos 31, 2005

MERDEKA

31hb Ogos datang lagi.

Hari ini genap 48 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Dan seperti biasa ulangtahun yang bersejarah itu disambut dengan pelbagai acara. Malam tadi ada persembahan di tv. Pagi ini ada lagi acara menyambut hari kemerdekaan yang disiarkan secara lansung.

Masa anak-anak masih kecil pernah juga bawa mereka menyaksikan perbarisan di Kuala Lumpur. Tetapi sekarang hanya menontonya dari rumah sahaja.

Malam tadi, semasa Solat Maghrib dan Isyak, masjid di kampung saya dihiasi api dari pelita minyak tanah yang disangkutkan pada tiang-tiang pagar masjid. Pada petangnya di pasang Jalur Gemilang.

Ramai yang bercakap mengenai kemerdekaan. Dan ramai pula yang mengajak kita menghayati makna kemerdekaan. Saya tersenyum bila mendengar seorang artis dalam satu rancangan astro berkata merdeka artinya kita bebas memilih jalan hidup kita. samaada jalan kiri atau jalan kanan.

Selamat Hari Ulangtahun Kemerdekaan.

MERDEKA. MERDEKA. MERDEKA.

Isnin, Ogos 29, 2005

SETELAH 26 TAHUN


Siang bertukar malam, hari berganti minggu, minggu beralih ke bulan dan bulan berubah ke tahun, diam tak diam rupanya perkahwinan kami sudah menjangkau ke usia 26 tahun.

Diam tak diam, anak-anak kami dah besar panjang..hehe. Along telah berusia 25 tahun (dah boleh kahwin sebab ayahnya dulu berkahwin umur 25 tahun..hehe) angah 24 tahun dan adik yang bongsu 22 tahun (masih menuntut di tahun akhir).

Along dan angah berkongsi menyewa rumah di kajang. Yang bongsu pula kerana berada di tahun akhir terpaksa duduk di luar kampus dan menyewa rumah di bandar baru bangi.

Sepanjang 26 tahun usia perkahwinan kami rasa bahagia alhamdulillah. Petuanya mudah saja. Makan bersama, tidur bersama dan sembahyang bersama. Pasti mesra dan bahagia. Kalau makan tak lagi bersama. Tidur pun tak lagi bersama, itu dah bahaya,hehe

Setelah 26 tahun usia perkahwinan, anak-anak dah semakin dewasa. Along kini dah berkerja. Angah pula mendalami kemahiran bahasa Inggerisnya disamping buat kerja sambilan di tempat Along pada hari sabtu dan ahad.

Anak yang bongsu pula, kerana dia menghambil jurusan sains matematik, pada setiap hari sabtu dan ahad mengajar tusyen. Dia dibayar RM25.00 satu jam untuk mengajar matematik. Pendapatannya?. Alhamdulillah.

Setelah 26 tahun perkahwinan, bahagia melihat anak-anak yang semakin dewasa. Mereka dah pandai berdikari. Ayah dan ibu mereka tinggal berdua saja di rumah. Macam pengantin baru yang lama, hehe

Rabu, Ogos 24, 2005

TARIQ BIN ZIYAD

PAHLAWAN LIDAH API

BAB: 10

“ Kemenangan tuan telah melemahkan semangat askar-askar Gotik. Mereka tak berani lagi menentang tentera Islam secara terbuka. Mereka kini bagaikan tikus takutkan burung helang. Lari betempiaran menyelamatkan diri,” kata Julian dalam satu pertemuannya dengan Tariq bin Ziyad.

Keduanya berdiri di tebing sungai Barbate. Cahaya matahari semakin redup. Air sungai yang menelan raja Roderick itu mengalir tenang. Kelihatan seekor helang menyambar ikan. Cengkaman kukunya yang kuat itu menyebabkan ikan tidak dapat lagi melepaskan dirinya.
“ Keadaan sekarang dah berubah. Tentera Islam bagaikan burung helang. Askar-askar Gotik bagaikan ikan. Helang akan terus menyambar mangsanya. Dan setiap kali helang menyambar ikan tak dapat melepaskan diri,” kata Julian sambil memuji kehebatan tentera Islam. Kemudian katanya lagi.
“ Panglima Tariq seorang yang hebat dan bijaksana. Goted pula seorang yang bodoh dan tinggi egonya. Kerana kebijaksanaan panglima mengatur strategi perang maka dengan mudah tentera Roderick dapat dikalahkan.”
“ Kemenangan kami dengan izin Allah. Tanpa bantuan dari Allah kami tak akan berjaya,” kata panglima Tariq pula. Dia masih dengan sifat merendah dirinya.
“ Kekalahan tentera Gotik menyebabkan mereka patah semangat, hilang keyakinan diri dan ramai diantara mereka yang mengalami terkanan jiwa. Saya mendapat maklumat ini dari orang ramai,” kata Julian.
“ Beritahu mereka bahawa saya akan mengampunkan mereka kalau meletak senjata dan menyerah diri. Sebaliknya kalau mereka melawan akan kami tentang habis-habisan,” kata ketua panglima tentera Islam itu.

“ Baiklah, akan saya hebahkan tawaran ini kepada askar-askar Gotik. Mereka sedang dalam ketakutan. Kalau berita ini sampai kepada mereka pasti ianya sesuatu yang mengembirakan,” balas Julian pula.

“ Bagaimana pula dengan Goted?. Adakah dia masih hidup?” tiba-tiba Tariq teringat ketua askar Gotik itu.

“ Dia telah melantik dirinya menjadi raja menggantikan Roderick. Tetapi orang ramai tak mengiktirafnya. Hanya saki baki askar-askar Gotik yang masih setia dengannya sahaja yang menyokong.”

“ Berapa ramai bilangan askar-askar yang masih setia kepada Goted? Tanya Tariq bin Ziyad.
“ Agak ramai juga kerana Goted berjanji akan menaikkan pangkat dan memberi harta yang banyak kalau dia menjadi raja. Kerana itu Goted menghasut rakyat supaya membenci tuan. Dia berusaha mengumpulkan kekuatan untuk menghalau keluar tentera Islam dari bumi Andalusia,” jawapan Julian itu menaikkan kemarahan Tariq bin Ziyad. “ Dimana mereka sekarang?” tanya ketua panglima tentera Islam itu.
“ Di satu tempat yang jauh terpencil. Saya tahu tempat itu. Adakah panglima hendak ke sana?” tanya Julian semula.

“ Iya, kami tak akan biarkan mereka begitu saja. Kami akan memeranginya,” jawab Tariq bin Ziyad.

“ Saya dan orang-orang saya sedia membantu. Kami boleh menjadi penunjuk jalan,” balas Julian.

Tariq bin Ziyad gembira mendengarnya. Dia memberi kepada Julian pelbagai hadiah dari harta rampasan perang yang ditinggalkan oleh askar-askar Roderick.

“ Pemberian ini sebagai hadiah di atas bantuan yang diberikan kepada kami,” kata Tariq bin Ziyad.

“ Terima kasih panglima. Saya dan orang-orang saya sedia membantu tentera Islam untuk menghapuskan askar-askar Gotik yang kejam itu,” balas Julian. Dia berasa amat gembira.

Esoknya Tariq bin Ziyad membawa pasukan tenteranya ke satu tempat di mana Goted dan askar-askarnya bersembunyi. Tetapi berita mengenai kedatangan tentera Islam itu telah sampai ke pengetahuan Goted. Dia dan pasukan tenteranya sempat melarikan diri.
“ Mungkin ada yang membocoran maklumat rahsia kita kepada musuh,” kata panglima Amir dengan rasa kesal.
“ Boleh kami siasat siapa yang menghianati kita, wahai panglima?” tanya panglima Malik pula.

“ Tak perlu. Biarkan saja,” jawap Tariq bin Ziyad.

“ Kenapa panglima?” tanya panglima Amir yang berasa tidak berpuas hati.

“ Biarkan pemberi maklumat itu menyampaikannya kepada musuh kita. Ini akan membuat mereka berasa takut,” jawab Tariq bin Ziyad.

“ Saya rasa Julian yang membocorkan rahsia kita kepada pihak musuh. Selain daripada kita Cuma dia seorang yang mengetahuinya,” bisik Sufian yang sejak mula memang mencurigai Julian.

“ Jangan menuduh tanpa bukti,” balas Tariq bin Ziyad. “ Dan jangan rosakkan hubungan baik antara kita dengan Julian. Kerana dia banyak membantu kita. Melainkan kalau sudah terbukti angkara dia.”

“ Baiklah, panglima. Maafkan saya,” ujar Sufian.

Perbualan mereka terhenti bila Julian datang. “ Wahai panglima, tak jauh dari sini ada sebuah perkampungan. Mungkin Goted dan askar-askarnya sedang bersembunyi di kampung itu,” katanya.

Tariq bin Ziyad tertarik hati mendengarnya. “ Tunjukkan kepada kami jalan menuju ke kampung itu,” katanya.

Panglima Malik berbisik ke telinga ketuanya. “ Elok kita berhati-hati. mungkin ini satu perangkap,” katanya.

“ Saya bersumpah tidak akan menghianati kamu!” kata Julian kerana dia dapat mendengar apa yang dibisikkan itu.

“ Panglima Malik ini amat berhati-hati orangnya. Kerana itu dia sentiasa berwaspada,” kata Tariq bin Ziyad sambil memujuk Julian agar tidak berkecil hati.

“ Saya dituduh penghianat oleh Goted dan askar-askarnya. Kerana itu saya tak mahu tentera Islam pula menuduh saya begitu,” kata Julian.

“ Berapa ramaikah penduduk kampung itu?. Adakah mereka juga dari bangsa Gotik?” tanya Panglima Tariq bin Ziyad.

“ Jumlah mereka melebihi seribu orang termasuk kanak-kanak. Dan mereka dari bangsa Gotik. Kerana itu mereka penyokong kuat raja Roderick. Elok panglima berhati-hati bila ke sana,” jawab Julian.

“ InsyaAllah, kami akan berhati-hati. namun kami tak takut mati,” balas Tariq bin Ziyad.

“ Kenapa panglima tak takut mati?”

“ Sesiapa yang mati dalam perjuangan ini akan dimasukkan ke dalam syurga. Kami yakin dengan janji Tuhan kami.”

Julian tertawa sambil berlalu. Sikap Julian itu menyinggung perasaan panglima Malik dan panglima Amir. “ Dia seperti mempersendakan kita,” kata panglima Malik.

“ Mungkin dia tak percaya adanya syurga,” balas panglima Amir pula.

“ Orang seperti Julian elok dipancung sahaja kepalanya,” marah panglima Malik.

“ Kenapa kamu berdua tak suka kepada Julian?” tanya Tariq bin Ziyad.

“ Dia selalu bertanya mengenai Islam tetapi dia tak mahu memeluk agama Islam. Saya tak percayakan dia. Sebab kalau dia sanggup menghianati tanah airnya sendiri, tidak mustahil dia juga akan sanggup menghianati kita,” jawab panglima Malik.

“ Malaupun Julian bukan orang Islam tetapi dia tidak memusuhi kita. Malah dia sanggup menolong kita memerangi askar-askar Roderick. Kita tidak boleh buruk sangka kepadanya. Kita mesti bersikap baik terhadapnya,” kata Tariq bin Ziyad.

“ Kita suruh dia masuk Islam. Kalau tak mahu kita bunuh,” kata panglima Amir pula.

“ Apakah Islam menyuruh kita buat begitu?” tanya Tariq bin Ziyad. Kemudian katanya lagi.

“ Rakyat negara ini sedang memerhati dan menilai kita. Kalau kita buat kesilapan mereka tidak yakin lagi dengan kita. Sebagai contoh, kalau kita bunuh Julian, para penyokongnya akan mengatakan kita tidak boleh dipercayai kerana sanggup membunuh orang yang membantu kita mengalahkan Roderick.”

(KISAH PAHLAWAN-PAHLAWAN ISLAM INI AKAN DITERBITKAN OLEH PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD)

Ahad, Ogos 21, 2005

BENGKEL PTS


Semalam (20/8) saya ke Hulu Klang menghadiri bengkel penulisan yang dianjurkan oleh PTS. Pesertanya terdiri dari mereka yang berminat menulis untuk penerbitan tersebut.

Peserta bengkel dibimbing oleh Puan Ainon Mohd. Antara lain Puan Ainon menerangkan betapa mustahaknya penulis memahami apa itu hak cipta dan apa itu hak penerbitan.

Selain itu penulis juga mesti memahami kepentingan karya yang menjadi harta intelek mereka.

Kata Puan Ainon, PTS Cuma mengambil hak penerbitan sahaja. Ini berbeza dengan penerbit lain yang mengambil hak cipta.

Dalam menghasilkan karya, Puan Ainon menyarankan agar penulis menjadikan surah Yusof sebagai panduan.

Kemudian para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan 3 orang mentor.

Kami tidak lagi berbincang mengenai teknik, tema atau sebagainya tetapi terus kepada, apa tajuk buku yang saya nak tulis.

Kemudian kami sama-sama berbincang serta memberi idea bagaimana untuk menghasilkannya.

Khamis, Ogos 18, 2005

TARIQ BIN ZIYAD

BAB:2
Julian dan rombongannya dibawa ke sebuah tempat penginapan. Di situ mereka berehat sementara menunggu Musa bin Nusair selesai bermesyuarat.

“ Biarkan aku bersendirian. Aku perlukan ketenangan,” kata Julian sambil menyuruh pembantunya keluar dari bilik itu.

Julian mengelamun. Tiba-tiba terbayang wajah Florinda, anak gadis kesayangannya yang sedang meningkat remaja. Tetapi kini permata hatinya itu sudah tiada. Kenangan itu menguasai fikirannya.

“ Wahai anakda kesayangan ayahda. Demi keselamatanmu, jangan selalu keluar rumah”

“ Kenapa ayahda?”

“ Anakda seorang gadis yang cantik jelita. Ramai yang memuji kecantikanmu. Ayahda bimbang…”

“ Janganlah risau ayahda. Julius akan mengahwini anakda tak lama lagi.”

“ Itulah yang ayahda bimbangkan.”

“ Ayahda tak suka kepada Julius?. Bukankah dia seorang pemuda yang tampan?. Keluarganya berpangkat seperti kita juga. Dia seorang peniaga yang kaya.”

“ Ayahda bukan bimbangkan Julius. Tetapi ayahda bimbang si tua laknat itu.”

“ Si tua laknat?. Siapa yang ayahda maksudkan?”

“ Raja Roderick . Dia lelaki bernafsu binatang. Sudah ramai gadis-gadis jelita yang menjadi mangsa kerakusan nafsunya. Ayahda bimbang anakda pula menjadi mangsa.”

“ Jangan bimbang ayahda. Pandailah anakda menjaga diri. Si kejam itu tak tahu kewujudan anakda di muka bumi ini.”

“ Ramai talibarut Roderick berkeliaran di merata tempat. Ayahda bimbang ada yang melaporkan mengenai kecantikan anakda kepada baginda.”

“ Benarkah ayahda?. Anakda sudah berasa takut. Apa yang harus anakda lakukan?”

“ Jangan keluar rumah sebab askar-askar Roderick berkeliaran di mana-mana. Kalau mereka ternampak gadis yang jelita akan diculiknya untuk dipersembahkan kepada si tua laknat itu.”

“ Baiklah, ayahda.”

Tiba-tiba kedengaran bunyi pintu rumah mereka diketuk dari luar. Wajah Florinda pucat.

“ Mungkin itu askar-askar Roderick…” Florinda menangis.

“ Anakda pergi bersembunyi dalam bilik. Jangan buka pintu walau apapun yang terjadi.”

“ Baiklah, ayahda.”

Florinda bergegas masuk ke dalam bilik tidurnya. Julian membuka pintu rumahnya. Kelihatan tentera raja Roderick berdiri di muka pintu.

“ Wahai tuan gebenor. Kami datang atas perintah di raja,” kata seorang tentera yang berdiri paling hampir dengan Julian.

“ Apakah tuanku menjemput kami bermesyuarat?” tanya Julian.

“ Tuanku Raja Roderick mendapat tahu di rumah tuan Gabenor ada seorang gadis yang cantik jelita. Tuanku berkenan menjemputnya ke istana,” jawab tentera itu.

“ Dia satu-satunya anak kesayangan kami. Tuanku tak sepatutnya melukakan hati kami.

Tambahan pula aku gabenor di Ceuta ini.”

Askar itu mengeluarkan uncang emas lalu menunjukkan kepada Julian. “ Tuanku menyuruh hamba menyerahkan syiling emas ini sebagai ganjarannya.”

Julian rasa terhina. “ Kamu berambus dari rumah aku. Keluar!” jeritnya.

Tetapi askar-askar itu tidak mempedulikan arahan Julian. Mereka menyerbu masuk ke dalam rumah.

“ Ikat tuan Gabenor. Cari anak gadisnya sampai dapat,” ketua askar itu memberi arahan kepada anak-anak buahnya.

Tiga orang askar menerpa ke arah Julian lalu mengikatnya. Beberapa orang lagi menuju ke bilik Florinda. Mereka mengetuk pintu bilik itu dengan kuat.

“ Kami kira sampai tiga. Kalau tak buka kami pecahkan pintu ini!” jerit ketua askar itu.

Apabila pintu tidak dibuka maka dipecahkan. Askar-askar itu menyerbu masuk lalu mengheret Florinda keluar dari biliknya.

“ Ayah!. Tolong lepaskan anakda,” jerit Florinda.

“ Bunuhlah aku tapi jangan apa-apakan anak aku,” rayu Julian.

Tetapi askar-askar itu tidak mempedulikannya. Mereka menangkap Florinda untuk dihadiahkan kepada Raja Roderick.

Pagi esoknya Florinda baru dihantar pulang ke rumah. Matanya bengkak kerana menangis. Pakaiannya koyak rabak dan badannya lebam-lebam. Terdapat tompokan darah pada kain yang dipakainya.

“ Apa yang telah dilakukan oleh raja laknat itu terhadap anakda?” tanya ibu Florinda.
Florinda tidak menjawab. Dia menekup muka dengan kedua tapak tangannya. Si Ibu menyingkap kain yang di pakai oleh Florinda.

“ Oh Tuhan…” jeritnya lalu pengsan.

Florinda mendakap ibunya sambil menangis. “ Hidup anakda tidak bermakna lagi. Lebih baik mereka bunuh anakda!” jerit Florinda.

Julius masuk lalu mendapatkan Florinda. “ Apa yang telah dilakukan oleh raja laknat itu wahai kekasihku?”

“ Aku telah diperkosa. Aku tidak layak lagi menjadi isterimu,” tangis Florinda lalu segera masuk ke dalam biliknya.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi yang aneh dari bilik Florinda. Julian dan Julius menerpa masuk. Florinda menggantung dirinya kerana berasa malu yang amat sangat.

“ Oh anakku. Bala apakah yang menimpa kita?” pekik Julian sambil mendakap anaknya.

“ Pak Cik, kenapa Roderick begitu kejam?. Kita tak boleh berdiam diri. Kita mesti bertindak!”.

“ Pak Cik bersumpah akan membalas dendam!” kata Julian dengan perasaan dendam.

“ Pak Cik carilah sesiapa yang boleh membunuh Roderick. Saya akan tanggung semua perbelanjaannya,” kata Julius sambil mendakap mayat kekasihnya.