Sabtu, Julai 03, 2004

Cerita Seorang Guru

Hari ini saya sempat berbual dengan seorang guru lepasan ijazah yang mengajar matapelajaran Sains dan Matematik di sebuah sekolah menengah. Katanya, kebanyakan pelajar sekarang semakin nakal, kurang ajar dan malas belajar. Malah pelajar sekolah agama pun ada yang bergaduh sampai terbunuh.

Kata Cikgu itu lagi, disebalik fenomena itu ada sesuatu yang membanggakan guru-guru di sekolah tersebut, iaitu pelajar kaum asli lebih patuh pada disiplin sekolah, rajin belajar dan tidak terlibat dengan kenakalan pelajar lain. Sebaliknya pelajar Cina dan India yang paling banyak bermasalah.

Katanya lagi, pelajar kaum asli berulangalik ke sekolah tidak lagi berjalan kaki tetapi dihantar oleh keluarga masing-masing bukan saja dengan motor tetapi juga dengan kereta. Pakaian mereka juga tidak kurang hebatnya berbanding pelajar lain.

Baru saya sedar kaum asli di tempat saya sudah meningkat taraf hidup mereka. Di perkampungan orang asli di Parit Gong, rumah mereka besar, cantik dan lengkap dengan segala kemudahan seperti air, api, telefon, televisyen malah sudah ada yang memiliki astro. Ini tidak menghairankan kerana kebanyakan mereka sudah memiliki kebun getah dan dusun buah-buahan. Tambahan pula harga getah mahal.

Bila ekonomi kaum asli meningkat maka taraf hidup mereka juga sudah berubah. Mereka tidak lagi bergantung hidup pada hasil hutan, sebaliknya seperti kaum lain, ke pasar atau kedai runcit untuk membeli makanan. Taraf kesihatan mereka juga lebih terjamin. Dan apa yang lebih membanggakan anak-anak orang asli tidak terlibat dengan kes jenayah seperti menghisap dadah.

Di sekolah pula, pelajar kaum asli diberi pelbagai keistimewaan. Mereka tidak perlu membayar yuran peperiksaan. Bantuan buku teks diberi percuma malah pelajar yang masuk ke sekolah berasrama tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana ditanggung oleh Jabatan Orang Asli. Kerana itu tidak hairanlah mereka sudah maju di bidang pelajaran.

“ Pelajar kaum asli di sekolah saya lebih pandai dari pelajar Cina, Melayu dan India,” kata guru itu.

1 ulasan:

E'nak Asli-Temuan berkata...

terima kasih pakcik saudara senegeri...sesungguhnya saya amat bangga dengan segala pujian yang pak cik saudara ceritakan tentang kampung halaman saya,,,parit gong...

tiada yang membanggakan saya dengan segala kemudahan yang kami perolehi..

namun hati yang bangga ini merasa dukacita...lara..bila melihat keadaan ..suasana..kehidupan..masyarakat saya yang berada diluar sana...lanchang...grik...jerantut...dengkil..dan banyak lagi..juga jangan lupa sabah dan sarawak...semuanya membuatkan saya rasa insaf dengan kemajuan yang kami nikmati...

detik 2007 saya melangkah kaki melihat dunia masyarakat orang asli diluar sana lebih seksa..berbanding selesa...